Monday, July 28, 2014

Raya pertama sebagai pasangan suami isteri. ❤

Alhamdulillah tahun ni tahun pertama kami beraya berdua sebagai pasangan suami isteri. Tahun pertama selalunya akan beraya di belah isteri. Jadinya tahun ni raya pertama kami di Sungai Buloh. Hari raya jatuh pada hari Isnin dan encik suami pulang ke sg buloh pada hari Sabtu. Segala persiapan, baju raya tahun ni simple je. Encik suami pakai baju bertandang majlis perkahwinan kami yg lalu & aku pulak pakai baju hantaran tunang kami yg baru aku tempah.

 

Solat sunat hari raya pertama kami bersama. Dalam poket suami tu ada duit raya untuk isteri. Yayyyy alhamdulillah. Dulu b4 kawin pon dpt duit raya, tapi ni dah kawin, dpt 10kali ganda lgi byk. Doa2 tahun depan dh ada baby dpt lgi 10kali ganda. Hihi. Terima kasih b. Semoga bertambah2 rezeki b & rezeki kita. ❤


Alhamdulillah dpt bergambar berdua. Bukan berdua tapi berdua setengah. Hehe. Masa ni aku pregnant masuk minggu ke-8. Dah dua bulan kandunganku, alhamdulillah. ❤






Raya kedua kami hanya lepak2 kat rumah je memandangkan semua adik beradikku balik sg buloh tahun ni. :) tapi encik suami ajak balik muar, kg beliau. Petang tu kami bersiap packing barang semua & pulang ke muar. Kalau ikutkan perancangan mak & ayah, mereka pon nk balik muar jugak tpi lewat sikit. Jadinya kami pulang dulu jumpe family belah suami pulak. Alhamdulillah kg suami memang dekat je dgn kg aku. So apa2hal boleh je lari kejap. Dh sampai ;)


Hari ni raya ketiga, abah (ayah encik suami) ajak pegi open house umah paklong dekat Segamat. Ayah & mak pulak dah otw ke Muar. Tahun ni ayah ajak beraya ke singapura pulak. Nk bawak menantu baru aka encik suami lawat sedara mara belah singapore. Kalau tahun lepas lgi untung bile first tym bwk abg ipar msuk sgpore, tym tu dia cuti panjang. Kene pulak masa kami beraya sampai sabtu ahad. So sdara mara semua ada kat umah. Byk rumah dpt kami round. Tapi tahun ni kurang beruntung encik suami sbb kami xbole stay lama memandangkan abg ipar cuti pendek. Lagipon kami datang hari khamis, ramai sdra mara yg bekerja n xde kat rumah. :( tpi dpt lah kami menziarah 3buah rumah instead of dekat 10buah rumah tahun lepas. 




Terima kasih banyak2 kat cikyat & family for d hospitality. Sempat lagi masak2 walaupon kami sampai malam dah nk dekat pkl 12am. Esok paginya kami keluar beraya dan terus pulang ke Kulai Jaya,  rumah sewa kakak & tido semalam kat sana sebelum meneruskan beraya ke rumah mentua kakak di Felda Bukit Ramun & rumah Tok Jabir di Kluang. Malam tu jugak aku & encik suami terus pulang ke Masjid Tanah. Masa untuk beraya di Masjid Tanah pulak sebelum pulang ke Sungai Buloh. :)



Alhamdulillah encik suami dapat cuti 12 hari untuk raya kali ni. Mmg puas kami berjalan beraya di rumah saudara mara. Seronok ❤
Paling x best bile kami dah mula kene start keje & encik suami balik ke Masjid Tanah. :( xpe, kite jumpe lagi dalam 4 hari. :)

Selamat Hari Raya dari kami. Maaf Zahir Batin. ❤




Friday, July 18, 2014

Iftar Wif Beloved Hubby


Alhamdulillah harini encik suami nk bawak isteri dia buka puasa dekat Hotel A Famosa. Isteri yg baru sampai dari Sg Buloh eksaited nk berbuka berdua di luar walaupon kat umah mak mentua dh masak lauk sedap2. huhu.


Kami sampai awal dalam jam 6.30 pm. Masa tu mmg x ramai org yg sampai lagi. So senang nk p amik mknn. xdelah nanti berebut2. Macam2 juadah ada sampai xtau nk mkn yg mana dulu.
Tapi bile puasa ni perut bukannya dapat terima byk sgt mknn dlm satu masa. Haus je sebenarnye. Bile dpt minum air trus rasa kenyang xnak mkn dh..

  

  

Papepon alhamdulillah kenyang dah, Tenkiu hubby bwk syg  mkn kt sini. Syg seronok dpt berbuka sama2 ngan b. Syg ❤ u soooo much!
  

Friday, July 11, 2014

Alhamdulillah I'm Pregnant...


Bismillahirrahmanirrahim
"Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah."
(Surah Al-alaq: 2)

Balik je dari honeymoon di Sabah terasa sgt2 lah penatnye. Mgkin sbb kami berdua byk berjalan & kejar masa pegi sana sini. Balik je rumah, seminggu aku collapse. Sepanjang hampir tiga minggu cuti sekolah, enam hari aku berjalan ke perlis, seminggu duduk dekat Masjid Tanah, empat hari pegi hanimun. Pastu ada masa sehari je relax kat rumah. Esok dh start kje. Nasibbaik la tmpt kje dekat je dgn rumah. (Bukn dekat lgi tpi mmg sbelah rumah je). Huhu. :p Asyik baring je la bile balik dari keje. Bukan malas tapi memang x larat.

Lagi 2 minggu dah nk masuk bulan ramadhan tpi tenaga aku seperti blom pulih sepenuhnya. Masuk awal ramadhan, adik ipar aku ajak shopping kt area shah alam dgn biras sx, kakju. Tapi aku mmg pelik tgk keadaan diri sndiri. Mmg seriously x larat nk berjalan byk. Tpi aku laratkn jugak. Tym lepas buka puasa bole pulak aku muntahkn blik semua mknn. Dlm hati ada terlintas pregnant ke aku ni?


Kalau nk check pakai pregnancy test mmg masih awal. Period pon baru lmbt 3hari. Tpi dsebabkn aku eksaited, aku check jugak ptg tu. Tpi result negative. :(

Kali ni period aku dh lewat hampir 2 minggu. Lepas bgun untuk sahur trus aku guna pregnancy test & alhamdulillah double line!! Positive I'm pregnant. ♥ Trus tnjuk kt encik suami pgi2 subuh tu & encik suami pon teruja dlm keadaan mamai bgun tdo. Hihi.


Disebabkan aku yg terlebih teruja, selang sehari aku ajak encik suami pegi klinik untuk scan baby. Kami pegi ke Poliklinik & Surgeri Subang Jaya untuk scan. Tym doc scan tu hanya nampak kantung baby, terus encik suami tanye.. So, isteri saya mengandung ke doc? Doc terus tergelak kecik & tanye ni baby 1st ke? Yes ur wife is pregnant. :) Doc sahkan aku hamil 5 minggu 6 hari. Alhamdulillah. ♥
Encik suami sgt teruja ckp "kite dah nak ada baby syg" :)

 

Terima kasih ya Allah kurniakan hadiah yg tidak ternilai harganya secepat ini, seorang bakal cahaya mata, penyejuk hati penawar jiwa, pengikat kasih antara kami suami isteri. InshaaAllah akan kami jaga amanah-Mu ini dengan sebaik-baiknya supaya 'dia' menjadi seorang anak yg soleh/solehah, mendengar kata ibu & ayah, pembela agama & bangsa. Aminn InshaaAllah. ♥

Rabbana Hablana Min Azwajina Wa ZURRIYYATINA QURRATA 'AYUN Wa ja'alna Lil Muttaqina Imama... ♥