Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar Walillahilhamd..
Raya korban tahun ni alhamdulillah kami dapat ambil 1 bahagian lembu untuk suami melalui ez qurban. Tanda rasa syukur kami dikurniakan rezeki berkahwin, dpt 2 kali berbulanmadu tahun ni, bakal mendapat anak tahun hadapan & pelbagai lagi rezeki yg tidak ternilai harganya ❤
Tahun ni cukup istimewa sbbnya encik suami buat kejutan bile beliau pulang beraya bersama2 keluargaku. Kalau diikutkan encik suami terpaksa bertugas malam raya & kami terpaksa beraya berjauhan. X sangka bile encik suami muncul depan pintu bagi salam sehari sebelum raya. Aku mmg menjerit terkejut bile ayah ckp cik abg aku dh smpai. Rasa nk melompat & menangis pon ada. Serious excited. Encik suami xbgitau pon nk balik. Saje nk buat seprise untk isteri dia ni. Lama x buat seprise katanya. Tq hubby. Syg love u. ❤
Raya aidiladha kali ni aku x dpt ikut encik suami , mak & ayah solat sunat hari raya aidiladha bersama sbbnya rasa x sihat. Mata bengkak akibat allergic & perut rasa x slesa.
Perut rasa lapar tpi tekak xdpt terima mknn. Rasa nk termunt** bile tgk mknn yg dihidangkan. Bau pon xbole. Dari mlm tdi rasa mual. Memasak smbil tutup hidung. Mgkin sbb bau manis bwg yg ditumis menghantui dri mlm tdi. Huhu. Saba jerla.
Kami sempat pegi tgk lembu ayah yg akan dikorbankan harini. Ayah amik 1 bhagian. Ada 7 ekor semuanya tpi lembu ayah lembu yg ketiga. Baru lepas sembelihan yg pertama aku dh ajak encik suami balik sbb rasa pening nk pitam & lapar sgt2. Balik rumah sempat jamah separuh ketupat dgn kuah lodeh & ayam msk merah seketul untk alas perut. Kuah kcg x sentuh pon. Mkn xabis sbb xde selera. :(
Lepas asar, kami sekeluarga pegi menziarah wak abas & wakwok yg kurang sehat dekat umah abg talib di Puchong. Ramai sdra mara yg berkumpul kat sana. Rasa seronok bile dpt berkumpul mcmni. Mengeratkan silaturrahim. ❤
Semangat aku dpt mkn nasi lemak yg sarah msk sbb perut mmg tgh lpr. Dpt jugak mkn masakan selain masakn raya waktu2 mcmni. Alhamdulillah. Hehe. Tapi mknn xbertahan lama sbb aku munt** lepastu. Alahai entah kenapa baby dlm perut arini xmau mkn. :(
Apa2pon, alhamdulillah raya aidliadha pertama kami bersama & dpt berqurban. InshaaAllah ada rezeki lebih yg Allah kurniakan akan kami infakkan ke jalan Allah. Terima kasih Ya Allah atas segala nikmat & kasih sayang yg Engkau berikan kepada kami. Semoga kami menjadi hamba-Mu yg sentiasa bersyukur atas nikmat-Mu. Aminnn inshaaAllah. :) ❤

