Friday, June 20, 2014
Saturday, June 14, 2014
Day 4 - Sabah (Islands Hopping)
Harini masuk hari keempat kami berada di Sabah bermaksud hari terakhir kami disini. Alaaaa xbestnye nk balik dh. Kalau boleh nak hanimun lama2 lgi kat sini. Hehe :p
Aktiviti terakhir kami di sini kami nk pegi snorkeling & islands hopping. Sebelum tu jom sarapan dlu dekat hotel. Alhamdulillah kami brekfes & terus check-out pagi tu & letak2 brg dlm kereta sebelum ke islands hopping. Aktiviti yg sepatutnya kami lakukan pada hari kedua lagi sbb tkut ketinggalan flight ptg nnti.
Kami terus ke Jesselton Point & beli tiket ke Islands hopping pada pkl 830am. Kami pilih 3 pulau untuk dilawati, Pulau Manukan, Pulau Sapi & Pulau Mamutik. Rm37 sorg bayaran yg dikenakan untuk ke 3 pulau ni & tambahan RM70 sorg untuk aktiviti parasailing. Total bayaran RM230 untuk kami berdua. Rm200 untuk island hopping & parasailing, RM30 untuk sewaan goggles & jaket keselamatan.
Excitednye kami bukan main lagi. Xsabar nk snorkeling tgk hidupan laut di lautan Sabah ni. Pulau pertama bot kami bawa ke Pulau Mamutik bgi kami amat mengecewakan. Alahai pantai kotor, laut penuh dgn daun2 kering & sampah kecik2. Bile menyelam pon susah btul nk nmpk ikan. Air agak keruh. Sedikit kecewa disitu. :( Kami ditinggalkan selama 1jam sebelum ke pulau yg seterusnya.
Sebelum ke pulau seterusnya, Pulau Manukan, kami menaiki bot untuk aktiviti parasailing. Yayyyy bestnye sbb ni pengalaman pertama kami berparasailing. Mmg seronok sgt2 sbb dpt tgk lautan dri atas. Hah yg ni mmg xdinafikan cntik sgt2 lautan Sabah, mmg bole nmpk coral dari dasar. Lebih kurang 15-20 minit kami 'terbang'. Memang terbaikkkk ;)
Kemudian kami dibawa ke Pulau Mamutik. Sama je mcm Pulau Manukan tdi. Air kurang jernih & susah nk nmpk hidupan laut. Kalau kami ke jeti baru nmpk byk ikan tpi kat situ xbole nk menyelam sbb kawasan bot turun naikkan penumpang. Bahaya. Slumber je kami bgi mknn bru dtg byk ikan. Huhu.
Pulau yg terakhir kami pergi ke Pulau Sapi. Alhamdulillah kt sini kurang kecewa sbb kami dpt berenang bersama2 ikan & bole nmpk coral. Tu pon sbb air dh surut smpaikan kami terpijak coral. Mmg kne berhati2. Xlama lepas tu life guard tiup wisel minta kami bersnorkeling ditempat lain sbb xnk kami terpijak coral. Alaaaa xnakkkkk.. kat sini byk ikannnn. Bestttt. :(
Sepatutnye trip kami smpai jam 5 ptg tpi kami mintak balik awal sejam sbb flight kami pkl 730pm. Tkut x sempat pulak nk bersiap2 & berkejar ke epot. Kami tumpang bot lain yg nk balik ke Jesselton Point sbb bot kami smpai lmbt.
Berakhirlah bulanmadu kami berdua di Kota Kinabalu Sabah. InshaaAllah pasni kalau ada rezeki yg murah kami nk jln2 lagi tgk dunia. :) cuma destinasinya blom difikirkan lagi dimana. Syukur ya Allah atas rezeki ini. Terima kasih encik suami untuk segala2nya. Sayang kamu dunia & akhirat ❤
Semoga ada lgi rezeki kita untuk berbulanmadu di tempat lain pulak. InshaaAllah :)
#bulanmaduainnhanif
☻♥☺
Friday, June 13, 2014
Day 3 - Sabah (Canopy Walk, Kg Luanti, Ladang Teh Sabah)
Harini hari ketiga keberadaan kami di Sabah. Alaaa, malassnya nk turun KK balik sbb kat Kundasang ni udara dia sgt2 nyaman & sejuk. Tidur malam wajib berselimut wlupon xde aircond. Ditambah bunyi deruan angin kuat yg bertiup. Kadang2 terasa seram jugak. Huhu.
Kami terasa sgt2lah rugi bile book hotel melalui Agoda. Sebabnya dengan harga yg sama sepatutnya kami boleh dapat breakfast untuk 2 orang klu kami berhubung terus dgn pihak hotel. Kalau sebelum ni kami memang terus berhubung dengan pihak hotel di Bali, tapi kali ni entah kenapa kami menggunakan perkhidmatan Agoda. Menyesal pulak rasanya.
Tapi xpe sebab kami mmg dah bawak bekalan hidup dari Semenanjung. Makan roti, biskut & air kotak je la. :p
Bersarapan dengan berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu satu pengalaman yg tidak akan dilupakan. So blessed! Alhamdulillah. ♥
Sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya sempat lagi kami bergambar di balkoni bilik kami & di hadapan jalan masuk hotel. Kenangan yg akan kami abadikan sampai bila2. ♥

Perjalanan diteruskan ke Poring Hot Spring, Ranau. Yuran masuk RM3 seorang. Hajat dihati encik suami memang nk merasa berendam dalam kolam air panas tu tapi tersangatlah ramai orang walaupun hari ni bukan hujung minggu. Setiap kolam yg disediakan ada je penghuninya. Jadinya kami terpaksa kuburkan je hajat tersebut & hanya merendamkan kaki sekejap untuk merasa kepanasan air.
Dalam senarai plan tempat yg wajib dituju adalah Canopy Walk. Canopy walk mmg dlm tmpat yg sama. Tapi jauh jugak la nk berjalan. Yuran masuk RM3 sorang. Tapi kalau bawak kamera kena byr RM5 setiap satu. Kami putuskan untuk bawak DSLR instead of kamera digital.
Subhanallah, kami ingatkan dekat lah nk sampai ke jambatan gantung tu, tapi kuss la smangat kene lalu jln mcm jungle trekking masa zaman skolah dulu. Huhu. Ambil masa dalam setengah jam jugak nk smpai atas. Kesian btul encik suami bile kne bawak bag kelengkapan DSLR ditambah handbag si isteri yg konon2 x larat nk mendaki. :p Lagi kesian bile si isteri yg bertuah ni siapkan suami dia dengan berkemeja bagai. Berpeluh2 basah kuyup la suami kite. Huuu. Aku pulak relax je pakai skirt & ber'peplum'. Memang prefer pakai skirt, dlm bertights daripada ber'jeans' tebal yg merimaskan.
Pemandangan dari atas Canopy Walk memang terbaik. Dapatlah kami menghirup udara segar hutan dgn menyaksikan flora fauna & sungai yg mengalir. Seronok sgt bile berjalan atas tu sbb nnti dia bergoyang2. Sepanjang perjalanan tu ada 3 checkpoint yg disediakan untuk berhenti. Manalah tau ada org yg gayat memerlukan masa untuk behenti di tempat yg stabil. Kami ambil masa dalam 2jam disini sebelum ke destinasi seterusnya.
Pada sebelah petangnya, kami menuju ke Tagal Sungai Moroli, Kampung Luanti. Tempat yg memang kami eksaited nk pegi dari awal lgi sbb boleh buat spa kaki tradisional. ;) Bayaran masuk RM5 sorg. Kalau nk mandi spa ikan pon boleh RM10. Tapi kami hanya pilih untuk merendam kaki je. Pihak pengurusan beri masa hanya 15 minit untuk setiap nombor giliran yg diberikan. Ada jugak makanan ikan yg dijual dgn harga 20sen sepeket. Kami beli dua. Satu untuk encik suami, satu untuk cik isteri. :) Mula2 nk masuk dlm air tu rasa sgt2 takut sbb bnyk betul ikan. Gelinye bukan main lagi bile dh masuk. Eh, bukan geli tapi sakitttt. Xdela sakit sgt pon, tapi terasa la ikan tu gigit2 kaki kite. Yang paling kesian encik suami lah sbb bulu kaki org lelaki ni kan panjang. So abis digigitnye. Hihi. :p Encik suami kejap masuk air, kejap keluar sbb x tahan. Tapi aku relax je. Elleh konon. Hihi. Tym nk bagi mkn ikan tu mmg cuak, asik menjerit je la aku. Tapi seronok sgt2. Pengalaman pertama bagi ikan makan cenggini. Terbaekkk. ;)
Dalam perjalanan balik ke KK kami terserempak dengan signboard Sabah Tea Garden. Kalau diikutkan org kata x kisah pon kalau x pegi, tapi disebabkan kami dh dekat so kami redah je. Xde apa yg menarik kat sini. Xbole banding dengan Cameron Highlands yg jauh lebih luas & cantik. Jalan nk masuk ke dalam pon berbatu2 x berturap. Bersabar lah jugak kami nk smpai ke atas.
Seperti biasa sesampai je disana kami bercamwhoring dlu. Kami masuk kedai cenderahati & restoren kat situ beli pape yg patut & cuba teh sabah. Sedap. Pilih je nk yg panas ke sejuk or perisa apa semuanya ada. Bile otw balik, masing2 sakit perut sbb minum byk sgt. Huhu. :p
Pemandangan balik ke KK mengujakan kami. Sangat2 cantik dengan kabus everywhere. Sejuk & nyaman je. Sempat lagi kami menyinggah ke Kinabalu Park tempat orang2 yg nk p mendaki Gunung Kinabalu. Kami singgah sekejap je untuk bergambar. Selalunya orang akan ke sini sbb nk bergambar jelas berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu, tapi kami lagi beruntung sbb hotel penginapan kami betul2 berlatarbelakangkan puncak Kinabalu. Subhanallah. Alhamdulillah ♥
Menyinggah punye menyinggah dari Kundasang, malam jugak kami sampai ke KK. Tym untuk mencari mkn. Yayyyyy, lapar suda baaa. Kami dinner di Filipin Market buat malam yg terakhir kami disini sebelum check-in di hotel yg sama sebelum ni di Hotel Shangri-La. Macam2 kami order. First tym kami suami isteri makan lobster segar. Lagi, kami order sotong masak apa ntah dia suggestkan, udang goreng tepung, udang goreng butter, kailan ikan masin. Harini x order ikan siakap dah sbb haritu dh order tpi x abis makan sbb byk nau lauk nye. Alhamdulillah rezeki kami berdua. Puas mkn malam ni. Liciiinnnn. :d ♥
Ok, nk check-in hotel. Perut dah kenyang, badan dah penat, mata dah mengantuk. Masa untuk berehat pulak sebelum charge tenaga untuk ke island hopping esok pagi. InshaAllah. ♥
Bersambung next entry... :)
#bulanmaduainnhanif
☻♥☺
Thursday, June 12, 2014
Dairy Farm, Kundasang Sabah
Alhamdulillah, Dairy Farm dari tmpat kami hanyalah 5minit perjalanan je. Mmg boleh nmpk lembu2 meragut rumput dri hotel kami. Jadinya kami xbergegas nk ke sana. Pkl 430pm baru kami bertolak tapi ruginya kami sbb dia tutup pkl 5pm. Xsempat dh nk tgk lembu diperah susu & buat aktiviti lain. :( Nak masuk sini dikenakan bayaran rm4 untuk sorang dewasa. Kami tetap masuk biarpon dh lewat.
Pemandangan di sana sgt2 menakjubkan. MasyaAllah, Subhanallah. Terasa mcm bergambar dekat New Zealand pulak. Hihi alhamdulillah. ♥
Kami melawat kedai penjualan produk tenusu hasil dari Desa Dairy Farm ni. Hajat di hati nk tgk lembu diperah susunya secara live tapi dh lmbt semua x dpt tgk. Byk produk tenusu dah habis dijual. Kami sempat bli 2kotak susu lembu asli yg sudah dikotakkan je. :(
Suasana kat sini amat mendamaikan. Angin bertiup kuat sampaikan susah aku nk amik gambar disebabkan selendang terbang2 & pernah sekali tercabut tinggal scarf. Hahaha waktu ni sgt2 lucu. Nasibbaik la selendang tu ada pin dibahu, kalau x dah lama diterbangkan dek angin ala2 dlm cerita hindustan. Hihi :p
Walaupun sekejap, dapat bergambar bersama sepuas-puasnya pon dh cukup membahagiakan kami. Naseb baik encik suami bawak tripod sendiri. Xperlu nak mintak org lain tlg amikkan pic2 kami. Bergambar la kami berdua bagaikan pasangan merpati dua sejoli tanpa pedulikan org lain. Hihi. :p
Suke sgt tgk lembu2 kat sini sbb mmg btul2 lembu yg ada tompok hitam putih mcm dlm gmbr buku kanak2. Hihi. :p Kalau dekat tempat lain mana nk dpt lembu2 warna cenggini. Semuanya plain je.
Susu tu walaupun dh dikotakkan tapi tetap terasa macam susu segar yg baru diperah dari tet*k lembu. Encik suami gelakkan je isteri dia ni yg dari mula eksaited nk minum susu fresh yg btul2 baru diperah, tapi bila minum susu kotak ni pon dh bebel2 ckp bau lembu. Encik suami jerler yg abiskan akhirnya. Hihi :p
Pengalaman indah kami disini, walaupon dpt melawat sekejap je tapi cukup bermakna. Seronok sgt2 ❤
Malam tu kami turun ke pekan Kundasang mencari gerai2 makan untuk dinner. Alhamdulillah jumpa kedai makan yg sedap masakannya. Tym to get rest balik hotel & charge badan untuk aktiviti seterusnya keesokkan hari inshaaAllah. Terima kasih Tuhan untuk hari ini. :)
Bersambung dalam next entry..
#bulanmaduainnhanif
☻♥☺
Perjalanan ke Kundasang
Alhamdulillah perjalanan kami berdua diteruskan lepas melawat Rumah Terbalik. Perjalanan yg sgt 'challenging' bagi kami. Jalan berliku2. Ikutkan gps lebih kurang 60km je dari Kota Kinabalu tapi disebabkan jalan yg berliku2, ambil masa juga nk sampai ke sana.
Pada mulanya, kami bercadang kalau tak sempat nk round semua tempat di sana, kami nak naik lagi sekala ke kundasang disebabkan tersalah plan waktu. Tapi bila tgk jalan mcmni, dua2 tergelak besar sbb xsangka jln berliku2 n agak jauh. Kalau diikutkan sebenarnya kami perlu rancang ke island hopping dulu untuk hari kedua, so takdelah kami terkejar2 nk balik dari kundasang nnti. Tapi disebabkan aku yg tersangatlah eksaited nk book hotel kundasang dulu, so plan dah lari. Kena lari plan B. Nasib baik lah encik suami bertenang & dapat pk apa plan yg terbaik supaya kami enjoy di kundasang.
Subhanallah Maha Suci Tuhan yg menjadikan alam semesta. Pemandangan sepanjang ke Kundasang sgt menakjubkan. Cantik sangat2. Dengan gunung kinabalu yg kadangkala dilitupi kabus & awan sgt2 mengujakan kami. Aku x stop snap pic, encik hubby gigih bawak kereta manual dari tadi. Hehe, sian awak. Lenguh kaki ye? Saya nk ganti drive, awak xnak. alalala gentleman la katakan. Hihi. Leviu Baby.. ♥
Waaahhh dah nak sampai. Ambil masa hampir 2 jam ke sana. Sampai ke bandar Kundasang mmg terbentang luas berbukit bukau. Ala susah nk gambarkan, kene pegi sendiri baru boleh menikmatinya. Dari jauh kami teka2 hotel kami kat mana. Btul2 dekat lereng bukit nun di puncak sana. Bersebelahan dengan Dairy Farm. Ya Allah, beruntungnya kami dapat duduk dekat hotel ni. Encik hubby yg tolong google. Dream World Resort. Alhamdulillah. ♥
Kami sampai dalam pukul 1.30petang tapi stil tak bole nk check in sbb waktu check in pkl 2pm. Jadinya kami tak lepaskan peluang untuk bercamwhoring dulu. Subhanallah, nak nangis tgk pemandangan. Puncak gunung kinabalu betul2 bersebelahan dgn hotel kami. Boleh nampak dengan terang lagi jelas. Dari hotel kami jugak boleh nampak Dairy Farm, lembu2 yg sedang meragut rumput.
Angin punyelah kuat bertiup. Sampaikan tripod yg kami guna nk terbang skali. Huhu. Bukan tripod je nk terbang, aku skali rasa nk terbang. :p Shawl & skirt yg aku pakai mmg dah mengerbang2 ke sana sini. Sejuknya bukan main.
Gambar2 kami pastinya banyak berpelukan & ber'kiss'ingan. Almaklumlah nama pon BULANMADU ♥ hihi. Best sgt bile dapat bersama dengan yg tersayang. Kalau sebelum ni banyak travel dengan kawan. Tapi skrg dah lain. Travel dgn suami tercinta pulak. Alhamdulillah. ♥
Ok, lebih setengah jam dah kami bergambar. byk gambar ala2 hidustan gitu. Cumanya tak tukar2 baju je. Hehe. Dah boleh check-in bilik. Tak sabar nk tgk bilik pulak. Kami pilih bilik yg ada jakuzi mini yg berlatarbelakangkan pemandangan gunung kinabalu. Feeling blessed sgt2. Syukur ya Allah. ♥
Bilik simple tapi sgt mendamaikan keadaan sekeliling. Xperlu air-con dlm bilik, memang dah sejuk sampai ke tulang. Teringat tym tdo malam aku conquer selimut sorang2, tapi suami tido sampai mengerengkut badan kesejukan & xnak ganggu isteri dia. Bgn pagi tgk keadaan suami mcmtu rasa mcm nak nangis. Rasa mcm xbole maafkan diri. TT Maafkan syg b. Nextym awak tarik je tau selimut. Saya memang tak perasan langsung. :(
Kami ambil masa berehat2 di bilik & makan bekalan maggi yg dibawa dari semenanjung. Alas perut kami petang ni sebelum nk jalan2 keliling Kundasang. Bagi chance encik hubby relaxkan kaki yg seharian drive. :)
Nak sambung cerita pasal ke Dairy Farm dalam next entry pulak. Macam dah panjang sgt entry ni. Hihi.. :p
Subscribe to:
Posts (Atom)

























