Wednesday, March 26, 2014

Day 2 - BALI

Yayyy, kami akan bertukar hotel pulak ke Grand Mega Resorts & Spa. Hotel yg terletak di tgh2 bandar & suasana yg sgt menyenangkan. Hotel ni kami dh book beberapa bulan lebih awal & alhamdulillah dpt harga early birds untuk bilik deluxe with pool view. ❤ 
Mmg besar & sgt selesa. Alhamdulillah. :)


First impression masa mula2 masuk bilik rasa sgt2 teruja. Canteknye subhanallah. Ditambah dgn deco2 untk kami yg sdg berbulanmadu, lgi la buatkan kami teruja. Mmg seperti apa yg kami lihat di website page hotel. ❤ malah lebih cntek tgk dgn mata sendiri secara real. Bilik yg dilengkapi dua buah tv lcd di kamar tidur & di depan bath tub, bilik air pintu kaca. Pada mulanya mmg segan nk buang air sbb nmpk luar tpi nasebbaik la bole ditutup dgn sliding mirror dari kamar tidur. Eh, kenapa nk malu pulak? Kan dh jadi suami isteri. Hihi :p 


Sesampai di sana kami sempat la jugak bercamwhoring. Alaaa rasa seronok sgt2. Tpi dsebabkan pak supir kami, Pak Thoriq tgh tggu kat bwh untuk bwk kami makan tghari, jadinya kami xambil masa yg lama di bilik. Cukup untuk solat jamak taqdim & letak2 brg je.


Thoriq tanye kami nk mkn katmana. Kami kata nk tempat mkn yg sedap tapi murah. Tergelak dia. Hihi. :p Dia bawak kami ke Nasi Tempong Indra. Lebih kurang kalau kt Malaysia kita panggil nasi ayam penyet. Tapi seriously menu yg diorder sgt2 sedap. Aku order lele panggang, encik suami order ayam bakar. Sambal dia bile mkn bole berasap asap telinga ni. Pedas subhanallah. Makan smbil berulamkan air je keje. Pedas2 pon kami abiskan jugak sbb sedap. Yummyyy :d
 Kami x risau sgt ttg status halal kedai yg dibawanya sbb Thoriq sendiri org Islam. Senang sikit hati kami sbb kat sini mmg sgt byk kedai makan yg jual bab* guling. Maklumlah Bali ni byk org yg menganut agama hindu. Eeee gelinye. 




Thoriq bawak kami pusing2 keliling bandar Bali lepas makan. Dibawanya kami ke kedai2 cenderahati & kedai2 baju. Mmg murah2 la jugak kat sini tpi kami xde intention nk bli brg sndiri melainkan sourvenier untk family & sdara. Kami mntak pulang ke bilik untuk beristirehat sebelum ptg nnti plan nk pegi pantai. Sempat lgi bercamwhoring sblum masing2 merebahkan diri di katil. ❤



Puas dh kami berehat sambil menonton tv, Pak Thoriq dtg amik kami di hotel. Mata pon nmpk sembab sbb bgun tdo. Hehe. Pantai Bali dipenuhi orang ramai & pelancong. Tapi kami slumber je camwhoring ala2 hindustan. Ni semua Thoriq punya hal. Disuruhnya posing mcmtu, posing mcmni. Kami ni ikutkan aje. Hahaha. :p tapi nasebbaik la dia ada, sbb sng nk amikkan pic kami. Mmg sporting abis. ;)
Apa yg paling menarik, bile kami dpt menikmati sunset by d bay. Subhanallah Maha Suci Allah cntek sgt2. ❤


I love you in the morning & in the afternoon, 
I love you in the evening & underneath the moon. ❤


Kami sambung shopping mlm tu di Krisna & Rumah Agong Bali. Agak murah jugak souvenir yg dijual. Kami bli la apa2 yg patut untuk dibawa pulang ke Malaysia. :)


Malam tu sbelum balik ke hotel, sempat kami pekene Mee Ayam & bakso dekat warong tepi jln. Thoriq yg bwk, dia kata mee ayam & bakso kat situ sedap. Lagipon jgn tkut mkn kat situ sbb owner kedai tu kwn dia. Sedap jugak mee ayam tu. Lain dari yg lain. Lebih kurang mcm mee kari tpi lain. Mcm laksa sarawak, lain jugak. Kne p rasa sendiri. Hehe. :p tpi aku xmkn sbb masih kyg mkn lewat tghari tdi. Curi2 rasa encik suami punye je. ;) Tgk tu muka encik suami mkn mee ayam kemain suke lagi. Hihi. Alhamdulillah kenyang dh. Bole balik bilik smbung golek2. Yayyy!
Sambung next entry pulak ;)

#bulanmaduainnhanif

Tuesday, March 25, 2014

Bulanmadu ain & hanif (BALI, INDONESIA)

HONEYYYYMOOOONNNN ❤

Kami memilih Pulau Bali, Indonesia sebagai destinasi bulanmadu lepas berkahwin. Dua hari selepas majlis nikah & resepsi, kami telah book dari awal tiket flight & hotel ke Bali. Excitednya kami bukan main. Bulanmadu kami yg pertama sebagai psgn suami isteri. Kalau dulu slalu pegi melancong dgn bff zaman skolah, Izzat & Nyza. Tpi skrg dh lain, masa untuk melancong bersama suami tercinta pulak. ❤ 



Kami bertolak dari LCCT lebih kurang jam 830pm & alhamdulillah smpai dsana lbih kurang jam 1130pm. Nasib kami baik bile berkenalan dgn org dri sana masa dlm flight, Mark. Dia ada cerita mana tmpat2 yg menarik untuk dilawati & siap bgi contact num. :)


Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, Denpasar smpat lgi kami bercamwhoring. Cantek epot dia. Mark yg kami knl dlm flight tdi sbnrnya dh tggu kami di luar imigresen. Bimbang klu2 kami tersangkut kt dlm tpi sbnrnye kami sibuk bergambar. Hihi. Lagipon nk isi visa & lepas imigresen pnjg queue dia. Tu yg lmbt. Mark settlekan teksi untuk ke hotel kami. Pastikan taksi bluebird. Takut kne tipu. Perjalanan ke hotel kami ambil masa dlm 20minit & dicharge 80ribu rupiah dlm rm20.


Hotel Hawaii Bali trletak di tgh2 bandar hanya kami tempah untuk 1 mlm. Rasa rugi pulak bile smpai mlm nk amik hotel mahal2. Tapi kami tetap request untuk bilik honeymoon & pool view. ❤
Bilik dia alhamdulillah semuanya ok. Rasa teruja bile masuk je bilik tgk deco2 mmg untuk kami yg sdg berbulanmadu. ;) rasa romantis gitu. ❤ hehe. 


Pagi tu kami brekfest di cafe hotel tpi xnmpk pon ada mknn yg dihidangkan. Rupa2nya kat sini menu dia ala cart, xde buffet sbb customer xramai. So kite tgk menu & request je nk mkn apa, nnti dorg tlg mskkan. :) not bad mknn dia. Seperti biasa lain dri masakan kat Malaysia tpi aku suke. ❤ 

Selesai brekfest, kami berbincang dgn pak supir yg akn bawa kami round2 Bali. Setelah berbincang harga & tempat2 menarik untuk dilawati, kami bersetuju untk membayar 1juta 100ribu kepadanya. Dlm rm330 untuk 3hari pengangkutan kami disini. 


Sebelum berpindah ke hotel yg lebih selesa pkl 130pm nnti, kami menghabiskan masa dgn mndi di kolam renang depan bilik kami. Terasa seperti swimming pool ni kami yg punya sbb xde org lain. Seronok sgt2. ❤ almaklumlah kami dtg pada hari biasa bukn cuti minggu, jadinya mmg xde org. Bahagia :)


Ok, siap2 packing brg & bersedia untuk berpindah ke hotel yg lebih selesa inshaaAllah. Bersambung cerita Bali dlm next entry. :) 

#bulanmaduainnhanif
☻♥☺

Monday, March 24, 2014

Hadiah perkahwinan kami. Alhamdulillah

MasyaAllah, Subhanallah, Alhamdulillah hadiah rezeki kahwin kami sgt murah. Penuh atas & bawah meja hadiah perkahwinan kami yg diberikan. ❤ Terimakasih ya Allah Engkau membuka hati hambamu untuk memberi. Terimakasih pada yg memberi, x kisahlah hadiah yg mahal mahupon murah. Itu semua rezeki. Terimkasih juga pada yg memberi duit salam. Semoga Allah mengganda2kan rezeki kalian dari langit & bumi-Nya. Aminnnn InshaaAllah. 



Majlis pembukaan hadiah dibuat pada hari yg sama memandangkan ramai saudara mara dari Muar yg blom balik lgi. Kami yg pulang lewat dari outdoor photoshoot dipaksa bukak hadiah wlupon masih berbaju pengantin. X sempat nk mndi pon. Sabar jerla :p untuk memuaskan & menggembirakan hati para pemberi hadiah, kami pon bukalah hadiah satu persatu. 


Subhanallah hadiah masing2 semuanya mahal2 belaka. Lengkap barang keperluan rumah. Senang nnti bile kami dh pindah rumah sndiri. ❤ microwave oven 1, rice cooker 2, vacuum cleaner 2, blender 4, pemanas air 2, toaster 3, stove 1, coffee maker 4, set comforter 3, set pinggan mangkuk, set periuk masak, set cawan, tupperware, set cadar, kain ela, frame gambar, album gambar & macam2 lagi. Alhamdulillah syukur. :)


Wahai Tuhan yg Maha Kaya lagi Maha Pemurah, terimakasih atas nikmat yg Engkau berikan. Kurniakanlah rezeki yg diberikan kepada kami kepada mereka2 yg memberi. 
Wahai Tuhan yg Maha Berkuasa, jika rezeki kami masih dilangit, turunkanlah. Jika masih dibumi, keluarkanlah. Jika haram, sucikanlah. Jika jauh dekatkanlah. Sesungguhnya Engkau Tuhan pemberi nikmat. ❤ 
Alhamdulillah 

Sunday, March 23, 2014

Majlis Resepsi Ain & Hanif

Saat yg ditunggu-tunggu telah tiba. Alhamdulillah. Majlis persandingan kami berlangsung pada jam 1.30 petang, 23 MAC 2014. Hari yg sama dgn majlis nikah kami pagi tadi. Rasa sgt tak puas buat majlis nikah pagi-pagi. Bukannya tak puas apa, tapi tak puas bergambar. hehe. Rasa masa tu sgt terhad. Lepas je nikah pukul 9.30 pagi & settle dalam pukul 1030 pagi, kami sibuk dgn majlis pembatalan air sembahyang, sessi bergambar family & kawan2. Nak breakfast tym tu pon dah x sempat sbb dh nk kene bersiap & bersolek untuk majlis kejap lagi. Pasni Asya kawen aku nk suruh dia nikah malam. Best sikit. Dapat amik gambar sampai lebam. :p 

Apa lagi perasaan yg dpt aku gambarkan waktu ni? Slalu tgk org lain naik pelamin, ni majlis aku sendiri. Nervousnya hanya Tuhan yg tau. Tapi aku sgt2 bersyukur mata aku yg naik bintat semalam (disebabkan nervous yg terlampau) dah susut & x nmpak kesan lebam tdo lambat. Syukur sgt2. Memang aku dh terbayang2 sebelum ni, janganlah tym nk kawen nnti mata naik bintat. X sangka pulak mmg btul bintat tu naik. Ya Allah, nape lah bintat ni nak naik tym2 cenggini. Sehari sebelum kawin dah kene amik injection untuk surutkan bintat tu. Alahaiiii..
 
  

Ok, off cerita bintat tadi. Kita cerita pasal kawin2 pulak. ;) Alhamdulillah semuanya nampak hampir sempurna pada mata aku. Raja sehari pakai baju warna baby blue, pengapit pakai warna pink, pelamin warna cream. Baru hari ni aku dpt tgk hasilnya. Selama ni aku hanya risau membayangkan macammana majlis aku nanti & harini aku sgt berpuas hati. Thanx sgt2 dekat pengapit lelaki, sepupu aku dari muar, Ujay & pengapit perempuan, Izzaty, bestfren tym dekat Smap Kajang dulu.

  

Cerita pasal majlis resepsi kami, pengantin lelaki mula dtg lebih kurang pukul 1.30 petang. Encik suami bertandang dekat rumah kakak angkat kesayangan aku, Kakjue dekat Bukit Saujana, atas kawasan perumahan ni je. So dekat sikit nk dtg umah aku nnti. Terima kasih Kakjue tumpangkan rumah akak yg besar & cantik tu. ♥
 
 
 

Seperti biasa adat orang-orang Johor mesti ada tol sebelum dapat masuk ke rumah. Memang sgt meriah tym ni. Persembahan silat pulak aku jemput sepupu aku dari Singapore je, Syahir untuk buat persembahan. Dia mmg hebat silat2 ni. Wakil Singapura dlm pertandingan silat. Thumbs up!


Raja sehari. Perasaan happy sgt2 tym ni. Sebab dapat duduk atas pelamin sendiri. Hehe. :p 


Selfie kejap atas pelamin pon boleh. :p


Majlis makan beradap ni mmg aku x makan sgt. Bukan malu atau segan, tapi memang sgt ramai tetamu yg dtg nak bersalam. Almaklumlah tadi tak dapat jumpe pengantin kat dalam nk bersalam, ni lah masa yg paling sesuai. :) Yg datang bersalam ramai student2 aku dari Q-dees. Semuanya ternganga tgk teacher Ain. Siap malu2 semuanya nk salam & ada yg tanya mama dorang, ticer Ain ke ni mama? Ya Tuhan, nmpk sgt ticer Ain p skolah serabai sgt tanpa mekap dgn tudung bawal forever dia smpaikan student sendiri dh tak kenal ticer dia bile dh di make over sikit. Haha. Sabar je la. :p



Sempat la jugak makan bersuap-suap untuk sessi fotografi. :p


Alhamdulillah, kek kawen kami disponsor oleh boss Q-dees aku, Kak Emy. Sangat cantik & kena dgn tema. Kek dari Yatt's Lil Kitchen. Bertambah-tambahlah rezeki kak Emy hendak-Nya, InshaaAllah. :)

 

 Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Majlis berjalan dengan lancar. Aku sgt bersyukur apa yg berada dibenakku selama ni telah direalisasikan pada hari ni. Setiap apa yg kita rancang, Tuhanlah yg menentukan. Kalau sebelum ni rancangan kami untuk berkahwin pada bulan 6 atau 8, tapi Tuhan lebih mengetahui tarikh yg sesuai adalah pada bulan MAC ni. Tergerak di hati kami untuk mengawalkan majlis kami. Lebih afdhal. ♥


Suamiku, aku mencintaimu kerana Allah. Bimbinglah aku ke jalan agama yg diredhai-Nya. Bersabarlah kamu dgn aku yg serba kekurangan. Tiada siapa yg sempurna dalam dunia ni. Tapi bagi aku isterimu, kamulah paling sempurna di mataku. Jika aku berbuat silap, tegurlah aku dengan perasaan kasih & sayang yg ada padamu. Cintai aku sepenuh hatimu. Sekeras-keras hatiku, aku mampu berlembut demi kamu, syurgaku.

Suamiku, aku berjanji akan cuba jadi yg terbaik buat kamu. Seperti lagu yg sering kamu nyanyikan.. Isteri cerdik yg solehah, penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran. Di rumah dia isteri, di jalanan kawan, di waktu kita buntu, dia penunjuk jalan... ♥ InshaaAllah, semoga Allah permudahkan jalan hidup kita. Aminn ya Rabbal Alamin...

Saat-saat diijabkabulkan ♥


Subhanallah.. Subhanallah.. Subhanallah.. Maha suci Tuhan yg menyatukan dua hati yg bercinta & berkasih kerana-Mu Ya Allah. Terima kasih Ya Allah mengurniakan seorang lelaki bernama suami kepada hamba-Mu ini. Saat2 paling bermakna tatkala mendengar sendiri dgn jelas ijab qabul antara ayah & suami. Dengan sekali lafaz, "Aku terima nikah NORAIN BINTI ABDUL RASHID dengan mas kahwin tiga ratus ringgit tunai". Masih terngiang2 di telinga ni. Aku telah menjadi seorang isteri & bermulalah saat itu syurga duniaku beralih dari seorang ibu yg dikasihi kepada seorang suami yg dicintai. ♥ 

Ya Allah Ya Tuhan kami, 
Dialah jodohku yg telah Kau tetapkan lama dulu di Lauh Mahfuz. 
Kurniakanlah rahmat & kasih sayang dari sisi-Mu. 
Berilah petunjuk dalam urusan rumah tangga kami dengan segala petunjuk.
Permudahkanlah urusan kami & jangan Kau sulitkan Ya Allah kerana Engkaulah yg Maha Memudahkan, segala yg sulit adalah mudah bagi-Mu. 
Ya Allah, 
Sempurnakanlah agama kami dengan rahmat & kasih -sayang Mu. 
Ampunkanlah dosa-dosa kami yg dilakukan secara sedar mahupon tidak.
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. 
Ya Allah,
Satukanlah hati kami sepertimana Engkau satukan hati Adam & Hawa, Yusuf & Zulaikha, juga seperti Engkau satukan hati Nabi Muhammad SAW dengan Khadijah.
Semoga jodoh perkahwinan ini berkekalan dengan iman & kasih sayang buat selamanya di dunia & juga di akhirat yg kekal abadi. Aminn ya Rabb. ♥ 

Ijab Qabul Ain & Hanif



Bismillahirrahmanirrahim.. Maha suci Allah yang menjadikan makhluk-Nya berpasang-pasangan. Hari yg dinanti-nantikan telah tiba masanya. 23 Mac 2014. Hari yg paling mendebarkan buat kami berdua. Pasangan mempelai yg akan dinikahkan hari ni antara aku, Norain binti Abdul Rashid dengan pasangan pilihan hatiku, Mohd Hanif b. Aziz. Akad nikah yg akan dilangsungkan oleh bapaku yg tersayang. Doa yg telah dimakbulkan Tuhan untuk membuatkan kami hidup bersama. Syukur.

 

Pelamin anganku menjadi kenyataan. Pilihan warna cream & baby pink diselitkan gabungan bunga pahar warna biru & cream.

   

Saat2 sebelum bergelar suami & isteri. Saat paling mendebarkan.


Ayah sendiri yg mewalikan antara aku & suami. Alhamdulillah dgn sekali lafaz aku telah bergelar isteri kepada seorang insan yg amat aku cintai. Terima kasih suamiku kerana memilih aku yg serba kekurangan sebagai isterimu. Syukur Ya Allah.


Solat sunat sujud syukur 2 rakaat tanda rasa syukur kami telah disatukan. :)

 

Majlis pembatalan air sembahyang. Seutas gelang emas dari suami untukku & sebentuk cincin perak untuk suamiku. 

 


 Saat-saat bahagia selepas diijab qabulkan. Alhamdulillah sah bergelar suami isteri.

  

Bergambar kenangan bersama keluarga bahagia kami. :)


 
Busana pengantin oleh butik De'Pilih, Saujana utama.


 Ya Allah Ya Tuhanku, Tuhan Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani, Kau titipkanlah rasa kasih & sayang antara kami berdua sepanjang hayat kami bersama. Ampunkanlah dosa-dosa kami, berkatilah hidup kami, murahkanlah rezeki kami, kurniakanlah cahaya mata yg soleh & solehah buat kami berdua. Sesungguhnya kepada Mu lah tempat kami bermohon juga meminta pertolongan. Jagalah rumahtangga kami. Biar apa jua badai yang melanda, kelak kami dapat harungi dengan tabah & redha. Aku sgt menyayangi suamiku, imamku kerana dialah syurgaku di dunia. Semoga hubungan bahagia kami berkekalan sehingga ke syurga abadi-Mu Ya Allah. Aminn ya Rabbal Alamin... 

Rabbana hablana min azwajina wazurriyyatina qurrata 'ayun waja'alna lil muttakina imama.