Saturday, September 13, 2014

My BFF Weddings

Alhamdulillah tahun ni my bff since diploma akan mengakhiri zaman bujang mereka. Mula2 'Aisyah yg bernikah pada 15 Ogos 2014, lepastu turn Amira pulak pada 13 September 2014.


Aku dtg yg paling lewat antara bff yg lain dsebabkan aku x amik cuti, tggu sekolah habis. Tapi nasibbaik sempat smpai & camwhoring dlu sblum 'Aisyah bertukar status. :) sempat dengar ijab & qabul. Alhamdulillah dgn skali lafaz 'Aisyah sah menjadi isteri encik Abdul Adil.


'Aisyah mmg sgt cntek mengenakan busana off white. Kami bff pulak disuruh untk mengenakan warna hijau. Tpi hijaunya semua lain2. Konfius dgn gmbr yg 'Aisyah whatsapp sbelum ni. Hehe. Tpi okla tu, lebih kurang sama jugak. :)
 Pelamin diy pon sgt lovely. Semuanya cantek. ♥


Keesokkan harinya, aku jugak yg paling lewat smpai untk majlis resepsi dsebabkan pagi tdi ada konsert Q-dees & habis pkl 12pm. Bergegas aku bersiap & pecut ke PJ dari Sri KDU Kota Damansara. Fuuu rasa nk nangis sbb hp abis bateri sedangkan aku mmg bergantung sepenuhnya kat gps dlm tu. Huhu. Tapi alhamdulillah akhirnya smpai jugak, main redah.


Btw, congratulations 'Aisyah. Welcome to d club. Semoga menjadi isteri cerdik yg solehah & berkasih sayang sehingga ke syurga abadi. Aminnnn. ❤



Selang sebulan turn Amira pulak menamatkan zaman bujang. Kali ni aku x lari2 lgi pegi sorg2 tapi aku bwk encik suami & keluarganya. Almaklumlah baru start cuti sekolah seminggu. Encik suami nk bawak isteri dia balik Melaka. ❤ 
Aku xdpt tgk majlis nikah Amira pd hari yg sama pgi tu. Tghari baru kami smpai majlis resepsi yg diadakan dekat dlm dewan Maju Junction. Jadinya xsempat nk bercamwhoring dgn bff yg lain. Ada bergambar bersama tpi xingt dekat camera siapa. Kne tggu official gmbr kawin Amira nnti bru bole tgk gmbr kami bff.


Amira sgt2 cntek. Semuanya nmpk sempurna. Pelamin, kek, deco2 semuanya cntek. Berbaloilah klu mmg lama dh aku tgk Amira ni plan majlis kawen dia. Dri zaman diploma, degree lagi dia dok survey2 untuk majlis sndiri. Turn out semuanya mmg captured ur eyes. ♥


Papepon tahniah Amira. Kalau dulu kite dua mmg slalu berkepit dua tpi skrg dua2 dh ada kehidupan masing2. Aie doakan semoga jodoh ko & Hanafi kekal bahagia smpai syurga abadi. ❤ 
'Aisyah & Amira cepat2 kejar langkah Aie & Nina pulak yg bakal bergelar ibu tahun depan. InshaaAllah. ;)


Kepada encik suami tercinta, terima kasih temankan isteri kesayangan kamu. Bila pergi majlis kahwin org lain mesti teringat majlis kahwin sendiri. Bole kira kami ni pengantin baru la jugak kn sbb baru bulan 3 yg lepas kami berkahwin. Hehe. ;) Semoga perkahwinan kita jugak diberkati Tuhan & berkekalan bahagia hingga ke syurga-Nya. Aminn InshaaAllah. ❤

Tahniah lagi sx buat bff tersayang 'Aisyah & Amira. Pasni kita tunggu turn Izzah & Syaza pulak. InshaaAllah dipermudahkan segala urusan. :) ❤

Wednesday, September 10, 2014

1st shopping for our precious BABY

Harini, kalau diikutkan aku still dpt mc dari semalam sbb demam & selsema. Pegi sekolah separuh hari lepastu collapse xthn mintak principle nk blik. Balik je trus ajak ayah antakan pegi klinik & request nk mc 2hari. Suhu bdn 38.5°c. Slalunya jumpe doc ok je, tapi kali ni bole pulak ternangis. Alahaiiii. TT mgkin sbb pembawakan baby ni jdi sensitif terlebih bile encik suami xde kat sisi. 


Pagi ni ada checkup baby & kene minum air glucose. Serius tersalah faham ingtkan kne puasa dri pkl 8pm tpi sbnrnye 10pm. Bile bgun pagi seriously haus yg teramat sbb aku mmg jenis yg kuat minum air masak. Jadinya bile minum air glucose yg suam2 kuku tu mmg cepat je bole abis sbb lapar & haus. Huhu sabar jerla bile nurse tegur, eh dh abis? 

Kebetulan harini Aeon Bukit Tinggi ada buat sale untuk Aeon Card member. Dalam keadaan yg masih kurang sihat aku ajak asya pegi sama. Walaupun kandunganku baru masuk 14minggu tpi rasa eksaited nk bli brg baby mmg tinggi. Dengan kebenaran encik suami, aku shopping apa2 yg patut. Baju2 baby nnti dlu sbb xtau gender xsyok nk bli. So grab apa je yg dirasakan perlu & mmg berbaloi sbb murah. 


Sebelum kami berdua teruskan bershopping sempat pulak nk p mkn wlupon aku bru je mkn kt rumah. Tpi kt rumah mkn sikit je sbb tdi lepas checkup bli lauk kt kedai masin sgt2. Xtertelan. Aku ajak asya mkn kt The Chicken Rice Shop, mmg tmpat mkn kegemaran kami. Siap order yg untk 3org mkn lgi. Habis! Dua2 mmg kuat mkn. :p ok, bole sambung shopping wlupon aku byk berehat sbb masih x berapa sihat.


 Inilah hasil tangkapan untuk shopping pertama baby yg bakal dilahirkan. Alhamdulillah. Masih byk yg nk kne bli tpi next shopping nk bli bersama suami tercinta. InshaaAllah :)

Friday, September 5, 2014

Scan BABY

Subhanallah subhanallah subhanallah. Harini aku & encik suami berpeluang untuk 'bertemu' dengan baby kami. Alhamdulillah. Pengalaman pertama melihat anak dari benih kami berdua sedang membesar dlm rahimku melalui scan 2d ❤ 

Kami mengagakkan yg aku mengandungkan baby kembar sbb terasa mcm perut ni 'comel' sgt tpi bile scan nmpk satu janin sahaja. Alhamdulillah. Encik suami paling beruntung sbb boleh nmpk bentuk baby semua tpi aku terlindung sebalik mesin scan tu. Doc bagi penerangan ttg baby & doc ckp baby kami tgh tido. Aku mintak nk tgk baby, bile bdn aku bergerak je baby mula mengeliat. Subhanallah kami sgt2 teruja. ❤ 


Kandunganku masih kecil tpi baby dh lengkap semua sifat pada minggu ke-13 ni. InshaaAllah kami nk buat scan 3d/4d pada minggu ke 20 & ke atas. Xsabar nk tgk gender baby. X kisahlah apapon gender baby, yg paling penting baby yg bakal dilahirkan dlm keadaan sihat, sempurna sifat dh cukup syukur buat kami berdua. InshaaAllah aminn ya rabb. ❤

Rabbi habli milladunka ZURRIYYATAN TOYYIBAH innaka sami'uddu'a.. aminnn..