Thursday, February 21, 2013

Tree Steak House ♥

 
Hari tu aku dah janji nk tulis review pasal tempat ni kat semua orang. Tempat yg menjadi kegemaran kami sekeluarga bila makan kat luar. TREE STEAK HOUSE. Tempatnya terletak di Paya Jaras, tepi jalan but no worries sbb kedai ni bertutup dgn sliding door, still dpt tgk keadaan diluar & tiada habuk or asap kereta yg dapat masuk. ☺Waktu operasi adalah seawal 4pm hingga 12am. Mungkin lambat lagi dia tutup sbb aku pernah mkn kat sana sampai lewat malam. Servis kat sini sgt bagus. Cepat. Cumanya parking kat sini agak susah sedikit sebab parking terhad. Kalau dtg hujung mggu konfem ramai org.

 
 
Apa yg menarik kat kedai ni bagi aku, gravy bagi setiap hidangan dia sangat sedap. Ni adalah tempat makan steak terbaik yg pernah aku pegi. Affordable + portion yg mengenyangkan. Apa yg istimewa bila korang datang sini adalah "PINE SIZZLING LAMB (RM17.90). Daging kambing yg disiram dengan brown sauce + bbq sauce di atas plate sizzling. Berasap2 dpn muka. Yummyyyy..^^

 
Hari tu, aku ada order benda lain. Kononnya nk rasa hidangan lain memandangkn dlm bulan ni je dh 3 kali aku dtg sni. sampaikan pekerja kedai tu pon dok senyum2 bile nmpak aku. Haha. Brbalik kpd hidangan baru tdi, nama dia BAKAU BLACK RUSSIAN (RM21.90) - beef + lamb dlm satu pinggan with black pepper & bbq sauce. Yg ni pon seriously sedap. Tpi gravy black pepper dia aku tukarkan kepada brown sauce + bbq sauce supaya tak lari rasa dripada hidangan yg slalu aku order. Nyumm Nyumm. ^^

 
Bukan aku sorang je yg suke mkn dekat sini, my BIL & my eldest sis yg dok kt johor tu pon bile blik Sg Buloh sure ajak mkn kt sini. Menunya adalah seperti biasa, PINE SIZZLING LAMB! Bile disuruh order menu lain dikatanya taknak. Bukannya apa, takut nnti mkn menu lain bila balik rumah teringat2 pulak pine sizzling lamb ni. Haha. My ❤ EAZ pon suke mkn kt sini. Slalu bgi alasan nak pegi tmpat mkn kesukaan aku, supaya aku happy. Padahal awak sendiri yg suke kn? Hihi.. :D


Antara menu lain yg boleh diberi cadangan, kuewtiow goreng (RM6), mushroom soup (RM3.50), prawn fritters (RM7.50). Kalau korang tak suke mkn kambing or daging, still can request untuk ayam. Nak lebih sedap mesti mintak tukar ke sizzling plate yg akan dicharge tambahan RM2. Baru la panas dan menyelerakan. ;) Dalam byk2 mknn yg jadi kegemaran aku, ada satu yg kurang aku minat. LASAGNA. Bagi aku hidangan lasagna ni sgt biasa & x berasa. Mgkin time tu chef blik kg agaknye. Huhu. :P
 
Ni pic2 kami sekeluarga berkumpul masa cuti Chinese New Year yg lepas. Dah lama tak berkumpul satu family mcmni. Bahagia rasanya. Kali ni kakak & my bil blanje. yippyyy.. ^^ Semoga kakak bertambah2 rezeki kelak, insyaaAllah.. tq kak & ♥ u!!!
 




Last but not least, ni adalah menu yg dpt aku captured. Tapi ada perubahan harga untuk beberapa jenis makanan.



Untuk sesiapa yg nak tau lebih lanjut pasal tempat ni, boleh la klik disini.. ^^v











Saturday, February 16, 2013

Konsert 3 dekad Anuar Zain - Muzik, Cinta dan Sanubari ( three decades of music, love & passion )

 
16 Februari 2013, tarikh yg memang tidak akan dpt dilupakan selama2nya. ❤ Konsert artis pertama yg pernah aku pergi. Artis yg mmg aku minat dri dulu lagi. Bak kata org, 'kipas susah mati'. ☺ Mmg x disangka aku akan menjejakkan kaki di Stadium Malawati Shah Alam pada waktu tu untuk menyaksikan artis kesayangan aku beraksi.

Pagi tu aku ke kumon seperti biasa. Dalam hati terdetik, xde ke tiket Anuar Zain untuk aku. Nak sgt pergi tgk konsert dia. Kalau tgk tiket Anuar Zain yg dijual mmg sgt mahal. Kalau ada yg murah pon akan nmpak AZ kecik seperti semut. Jadi aku kuburkan je hasrat nak pegi tgk konsert AZ. :( bukan x mampu, tpi kene simpan duit untuk pergi travel akhir bulan depan.

 
Petang tu ada tuisyen di dunia baru tetapi dicancel pd saat akhir disebabkn student aku ada hal. Tepat jam 4.48pm Kak Bib (my colleague) whatsapp me, "ain nk pegi tak konsert AZ??" Aku dengan tanpa byk pk.. "Nakkkkkkk.." Teringat pagi tadi hati berdetik maukan tiket. Excitednye aku hanya Tuhan yg tau, sampai nk termuntah. Hahaha, lawak gile keadaan aku masa tu. asya pon dok gelak tgk aku yg kelam kabut pilih baju & nk iron baju lagi. Mana tak kelam kabut, kene ada kat sana pukul 8 tepat n nk bertolak dri sini jam 6.30pm.
 
 
Aku & kak bib bertolak jam 6.40pm dri rumah. Nasib baik Venue konsert dh ditukar dri Stadium Bukit Jalil ke Stadium Malawati Shah Alam yg hanya 30min dri rumah aku. Jadi sempat la kami smpai disana pada waktunya. Kami singgah sekejap di petronas shah alam untuk menunaikan solat maghrib. Alhamdulillah surau penuh. Teringat dekat mak yg tanye sebelum aku bertolak.. "X solat maghrib ke ain?" Nauzubillah, x pernah terdetik dlm hati nk tggal solat walaupun nk pegi tgk konsert. Tak aman hati nk tgk konsert if mcm tu. Selesai je solat maghrib, hujan turun mencurah2, kami redah jugak ke stadium menggunakan payung.


Tepat jam 8pm kami smpai di stadium. Ramai yg masih berada diluar stadium menguruskan tiket masing2 dan kami berdua masih menunggu kawan kak bib membawa tiket yg akan dijual separuh harga. Terasa sgt berbaloi bila kami hanya perlu membayar RM100 seorang untuk tempat duduk silver yg rata2nya berharga rm400+-. Happy sgt2 dan rs beruntung.. ☺



Persembahan dimulakan dengan lagu "I am d lucky one". Meremang bulu roma mendengarkan suara gemersik penyanyi kesayangan aku tu. Lagu2 yg didendangkan semuanya lagu yg aku membesar dengannya. Sesucinya cintamu, bila resah, selamat pagi sang suria, lelaki ini, mungkin, kain pelikat dan banyak lagi. AZ beri kejutan bile Nora Danish keluar dri tgh pentas dlm lagu ajari aku. Alalala, romantik sgt AZ dgn ND. Terasa jeles pulak aku. Haha. :p
 
 

 
 
Persembahan AZ mmg sedikit pon tidak mengecewakan. Momentum suara yg dilontarkan maintain dri awal smpai la 2jam lebih konsert berlangsung. Tak terasa pon masa bergerak, tibe2 dh nak habis. Alaaaa... Rasa x puas pulak. Anuar Zain mmg superb awesome. Xde lagi penyanyi lelaki bagi aku yg boleh lawan kehebatan suara artis kesayangan aku ni. One in a million! I love u Anuar Zain. Forever... ☺❤
 
P/S: terima kasih byk2 dekat kak bib yg terdetik dlm hatinya nk ajak aku ke konsert anuar zain menggantikan suaminya yg xnk pegi. Kalau tak, mesti aku x dpt nk pegi konsert sulung artis ksygn aku ni.. ☺ Luv u lah kak bib! ❤
sebelum balik tu sempat grab t-shirt AZ sepasang RM20.. hehehe..











Tuesday, February 12, 2013

Taman Botani Negara Shah Alam, Bukit Cherakah

Malam tadi masa swimming dekat rumah makcik dengan sepupu2, kami becadang keesokkan paginya nak pergi berbasikal di bukit cherakah. Maklumlah tgh cuti skolah & xde plan apa2. Tapi plan terpaksa dibatalkan bile kak syekin ajak pergi breakfast kt luar esok pagi memandangkan kakak dh nak balik johor x lama lagi.

                                           
Kami brekfes di jln paip,meru tmpat slalu kami singgah pada hujung mggu. Lepas brekfes aku ajak mak & ayah pegi bukit cherakah. Dah lama x pegi situ, yg aku ingat masa kecik2 dlu ada mak ayah bwk pegi sana, tu pon masih boleh berdukung. Semua org stuju nk pegi sbb xde aktiviti apa2 pon arini.

                    
camwhoring dulu b4 masuk dalam.. ^^
 

nak amik pic papan, tapi termasuk 'model' nye sx..huhu
 


seronok la tu arif daniel atok dia dukung camtu..haha


 
Arifahmi budak bertuah.. nak lari aje.. :D


nenek menunggu bas.. ^^


 
masuk rumah iklim sederhana empat musim. sekarang tgh musim sejuk.. ☺






Seronok skali skala dpt spentym dgn family kt luar. Cuma pika & family je xde kali ni sbb balik kg.. Jom layan pic2 kitorg.. ☺







Oh lupe nk bgitau. Tiket nak masuk dlm taman botani ni RM3 untuk dewasa.. Nak masuk rumah iklim 4 musim pulak RM5 untuk musim sejuk. Biasa2 je rumah 4 musim ni, xde la best sgt. Tpi mmg sejuk. Papepon, kami mmg enjoy menikmati keindahan & kehijauan alam, alhamdulillah.. ☺