Tunggu punya tunggu punya tunggu dan harini la hari yg dinanti2. Kalau tahun lepas aku bercuti di Bandung, Indonesia berdua dengan best fren aku, Izzaty Aziz dan tahun ni aku akan ke Phuket dan Krabi pula bersama kawan2 sekerjaku, Q-dees. Yang bezanya bercuti kali ni bukan dengan menaiki kapal terbang tapi kapal laut, Starcruise Superstar Libra. Impian yg aku inginkan selama ni berada di atas sebuah kapal mewah telah tercapai. Percutian yg disponsor oleh boss qdees, tadika yg aku keje. Alhamdulillah rezeki. Semoga bertambah2 rezeki kak emy ♥
Aku, kak marisa, kak bib, kak aishah & kak imah bertolak dari Sungai Buloh seawal jam 4pagi untuk ke Port Swettenham, Penang. Boss, kak emy dh pegi awal sehari dgn kwn dia, kak elly. Ktorg Berkumpul pagi tu kat rumah aku. Mmg excited pagi2 nk p jln. Hehe. Sampai je penang, ktorg jln2 kat Komtar & Padang Kota Lama. Sempat lagi cari money changer sbb ada antara ktorg yg masih blom tukar duit untuk berbelanja kat phuket & thailand nnti tapi malangnya banyak yg tutup sebab hari ahad. nasib baik lah sebab ada satu je money changer yg bukak kt komtar tu. Itu pon wang yg ditukar mahal sikt dari tempat ktorg. Sempat jugak lah ktorg makan KFC kt situ sebelum naik kapal. Takut2 lapar b4 dpt mkn dinner.
Masa untuk checkin ialah pukul 12 & kak emy dh pesan jgn lewat sbb tkut nnti ramai nk checkin sekaligus jadi sesak. So tepat pukul 12 ktorg dh smpai kat port swettenham & kak emy tugaskan aku untuk checkin kan untuk semua orang & yg lain tggu tepi je. Senang. Xdela ramai2 bersesak nk checkin untuk dptkan access card masing2.
Bile nmpak je kapal cruise, rasa sgt2 teruja. Kapal mewah yg sgt besar. Teringat cerita titanic. Hehehe. Xsbr rasanya nk masuk dlm & tgk keseluruhan cruise. ❤️ Sepanjang jln nk masuk kapal tu kitorg dihiburkan dgn mcm2 persembahan. Sempat jugak bergambar dgn mascot kapten. Bestttt ;)
Subhanallah MashaAllah, sgt2 cantik lobi cruise. Mcm dlm hotel mewah. X terasa pon mcm dlm kapal. Tapi aku ada rasa sikit nk termuntah. Ah sudah, mabuk ke ni. Maklumlah kapal x bergerak lagi tpi ombak2 yg membadai buatkn aku mabuk. Tapi org lain x terasa pon pergerakan kapal. Hanya aku sorg. Tpi xdela teruk sgt. Ngade2 jugak aku ni. Haha.
Aku ditetapkan sebilik dengan kak marisa. Mmg kawan baik dekat qdees. Apa2 je program skolah mmg ktorg byk habiskan masa berdua. So mmg seronok la aku bergelak ketawa. Ktorg bersebelahan dengan bilik boss & kawan dia. Teringat lagi aku & kak marisa main2 telefon cal bilik kak aishah, kak bib & kak ima yg sebilik tu. Ktorang menyamar jadi room service. Bergelak ketawa la ktorang dua dlm bilik tu. Tbe2 ada cal balik yg aku sangkakan dri bilik dorg, tpi sbenarnye boss dri bilik sebelah yg cal suruh ktorg senyap sikit. Hahahahaha boleh dgr dari bilik dorg yg ktorg memekak okeyyyy. Adoiiii sorry kak emy. :p eksaited la katakan. Hehe. :p so, lepastu ktorg kne ckp bisik2 sbb tkut ganggu org2 bilik sebelah. :D
Masuk2 je bilik trus aku snap setiap ceruk gambar bilik. Not bad. Besar jugak. Ada tingkap yg boleh tgk pemandangan laut kat luar. Alahai bertuahnya. Seronok sgt2. ❤️
Setiap bilik dpt itinerary aktiviti sepanjang atas kapal & aktiviti pertama ialah lunch. Adoiii cmmana nk makan. Tdi sblum naik kapal dh p mkn kfc dulu. Manalah tau dia bgi mkn seawal tu. Tpi ktorg tetap mkn yg ringan2. ;)
Lepas je mkn ktorg apalagi. Pegi la snap gambar kat setiap ceruk kapal. Macam cikkiah yg jakun. Haha. Pedulik. Asalkan bahagia. :p ada swimming pool & jacuzi dekat deck 8. Tpi mcm xde chance nk mndi sbb diconquer mat2 & minah2 bukan islam. Kalau nk dikirakan org melayu yg ada atas kapal ni pon boleh dikira pakai jari.
Muka aku yg tersangatlah happy & eksited. :D
Pemandangan port swetenham dri atas cruise.
Kawan2 qdees yg best & sporting. Walaupon semuanya dh kawen tpi perangai sorg2 mmg gile2. Mengalahkan aku yg bujang. Haha. Syg akak2 semua. ❤️
X puas lagi ktorg bergambar, tbe2 ada announcement panggil untuk welcoming party. Oemgee baru je tdi mkn, ni nk mkn lgi?? Mmg x boleh nk masuk dh tpi mknn yg dihidangkan semuanya sedap2. Rugi klu x mkn. Hehe. Off diet untuk beberapa hari ni. :p
Mknn yg terhidang mmg taraf hotel 5 bintang. Sgt2 sedap & pelbagai. Kalau tau mknn yg dihidangkn mcmni, mmg puasa seminggu sblum belayar. Baru akan puas mkn tanpa rasa bersalah. Hehe. :p
Berlatarbelakangkan pemandangan laut yg terbentang luas dgn hidangan yg lazat mmg sgt2 mengujakan. Tym ni kapal baru bergerak. So mmg sgt2 la ktorg teruja dgn ciptaan Tuhan. ❤️
Tgk la ni mknn yg diamik. Tdi kata dh kenyang. Tpi bile tgk mknn sedap2, tutup mata je la smbil menceduk. Hehe. :p
Sempat aku & kakmarisa lari tukar tempat dri duduk sbelah cermin yg nmpk pmndangan laut tpi panas terik ke bahagian yg lebih sejuk. (Bersambung next entry...)





















































































