Setelah dua tahun lebih percintaan aku dan EAZ, kami decide untuk bertunang.
❤ Pada mulanya aku mmg xnak bertunang smpaikn emak, kakak & adik aku semua pelik. Bukn pelik sbb apa, tpi sbb majlis tu nnti mesti byk bergambar dan semestinya aku yg mmg suke bergambar ni xkan la xnak. Huhu. Tpi memikirkan lama lagi tempoh untuk kami berkahwin, kami bercadang untuk mengikat pehubungan ni dengan tali pertunangan.
❤ Tarikh pertunangan masih belum dipkkan lgi tapi kami bercadang untuk mengadakan majlis pada akhir bulan 8 ataupon awal bulan 9 mmndgkan adik aku asya yg belajar kt unimas tu balik, baru lepas exam.
Alhamdulillah asya dh balik & bolehlah temankan aku kesana & kemari untuk uruskan apa yg patut. ❤ Baju tunang blom bli, barang hantaran masih belum ada, tema warna pon still x pk lagi. Raya dh dekat. Pening kpala aku. Relax Ain, relaxxx! Tarik nafasssss, hembus nafasssss.. Fffuuuuuuuu.
Syawal menjelma, tarikh pertunangan still belom decide. Raya yg keempat, EAZ sekeluarga dtg merisik, bukan merisik actually dtg beraya & bincang ttg tarikh pertunangan kami. Kata sepakat telah dicapai untuk buat majlis pada 31 Ogos 2013. Wahhhhh, merdeka okeyhhhh. Satu Malaysia meraikan pertunangan kami nanti dengan percikan bunga api di angkasaraya. Jangan jeles. Haha perasan! :p ❤
Raya kelima barulah aku sekeluarga pulang beraya ke kg halaman. Bukan di Muar je, tapi satu johor kitorang pusing sampaikan ke Singapore jugak ktorang redah. Seminggu okey kitorang beraya kt kg. ni baru namanya beraya sakan. Orang lain dah balik rumah, ktorang still sibuk beraya kt kg. memang sgt seronok. Lupakan pasal nak tunang skejap. Iyeke boleh lupakan? :p
Aku ada masa 2 minggu je lagi nk uruskan pasal majlis tunang kami. Tak ke gile baju still x p tempah, hantaran x beli lagi, tema xtau nk kaler apa. Aiseymennnn. Aku ada dh kain ela lace yg aku beli setahun yg lalu kat bandung. Kononnya nk buat untuk nikah. Tpi xjadi so nk pakai tym bertunang ni. Cal la akak tailor yg selalu jahit baju aku & guess what? Dia xnak terima okeyyyy. Aku pon xboleh nk slhkn dia jugk sbb bgitau last minit. Jadinya, kne guna plan B iaitu beli yg ready made.
Hari khamis aku & asya kluar ke Jalan TAR untuk cari baju & barang hantaran. Next week dah nak tunang. Nak xnak aku mesti kene dptkan jugak semuanya dlm satu harini. Terpaksa pegi hari khamis sbb hari2 lain aku keje kt kumon dri ptg smpai malam. So masa sgt lah terhad. Nasib baik kek buttrrcream untuk hantaran dh tempah smlm & baju kemeja, songkok dh bli tym bulan puasa aritu. So tiga dulang hantaran dh terisi.
Sesampai je ktorg kt jln TAR dlm pukul 2lebih, trus je aim nk cari baju tunang. Tpi sempat dulu lunch kt kedai mkn kat situ. Masuk je kedai pertama, butik baju apa ntah kat bawah globe tu, aku trus terpandang satu baju ni. Alaaa canteknyeeeeeeeee. Ok aim dh mengena, hati dh tertawan. Trus try & runding harga. Mmg cantik & mengena kat bdn. Hold dulu sbb kononnya nk try tgk kt kedai2 lain. Manalah tau ada yg lebih cantik & murah.
Jalan punye jln punye jln, smpai la ktorg kat jln masjid india. Pergi kedai yg sederet jual barangan lelaki je. Masuk kedai pertama, jumpa kain pelikat cantik warna biru. Terus grab satu. Masuk kedai kedua jumpe sejadah cantik warna biru jugak. Ok, bayar. Nak beli semua warna biru sbb baju kemeja dh bli yg warna biru. So mcm x lari la tema nnti wlupon xtau lgi dulang hantaran nk warna apa.
Baju tunang x jumpe2 lagi tapi hati asek teringat kat baju putih hijau kat kedai pertama masuk tadi. Pandang baju lain sume dh xde hati. Ok, patah balik p bli jugak baju tu. Try test buat yg kesekian kalinya untuk pastikan ianya cantik bila dipakai. Muktamad nak yg ni. Ok bayar.
Sessi untuk mencari shawl & veil pulak. Masuk je butik Aalia trus jumpe shawl yg warna sebijik warna baju. Alhamdulillah dipermudahkan. Try. Bayar. Masa ni la tibe2 Asya cemas, hp blackberry dia xde dlm beg. Baru je kejap tdi dia dok amik pic aku try baju tunang. Tbe2 hilang. Bile aku cal balik dh di off. Ok maksudnya xde rezeki, org dh kebas. Redha.
Kaki dah melecet. Padan muka sendiri yg sgt pandai tau nk p shopping tpi dok pakai wedges. Merana. Sumpah! Sementara Asya solat maghrib kt masjid india, sempat aku lari kejap cari kedai selipar. Aduhhhhh satu je kedai yg jual slipar tu pon jauh gile. Tapi naseb baik la ada. Pakai sliper pon kaki still x lega sbb aku sengal pegi beli selipar yg ada ombak2 untuk massage padahal tapak kaki tgh merana. Alahaiiiii.
Veil masih x jumpe lgi. Bukan senang nk cari warna yg sama ngn baju. Sumenye warna2 asas. Ok give up! Skrg tinggal nk beli coklat & biskut famos amos. Lari la ktorang p sogo cari kedai famos amos. Jumpe & decide nak bli yg mana. Bayar. Coklat x bli lagi tpi ktorg cadang nk bli kat rumah je nnti. So settle untuk harini.
Jam menunjukkan pukul 10 & kitorang settle shopping untuk harini. Lega sbb byk benda dh dpt dlm satu hari. Alhamdulillah. Selesai shopping ktorg x balik rumah, trus pegi rumah cik senah nk hantar brg hantaran untuk digubah. X senonoh pegi rumah org mlm2. Haha. Sian cik senah. Tym ni la baru aku terpk nk buat hantaran aku warna hijau ke turqoisean. :D
Sembang punye sembang pukul 12 lebih dh. Ok tym to go home & get rest. Cukup persiapan tunang aku cerita sampai sini dulu. Panjang benau dh aku taip ni. Huhu. Papepon, thanx sgt2 kt adik aku Asya yg sggup teman shopping smpai ke malam. Ain love u lah!!! ❤