Sunday, September 1, 2013

Late birthday celebration for my love, Mr Fiancee

Happy Belated Birthday my dearest fiancee, Mohd Hanif Aziz. ♥ 15/08/2013
Harini sehari aku bergelar tunang kepadanya. Ini je masa yg sesuai nak celebrate birthday insan yg aku sayang memandangkan encik tunang masih bercuti. ♥ Kami spentym masa bersama2 adik2 kami, Asya & Mastura. Dua2 nak ikut & join celebrate. Best jugak sbb meriah. Lagipon dua2 mmg jenis yg happy go lucky & slumber. Baru jumpe & kenal satu hari dh mesra mcm kenal 3-4 tahun. :D

                                                 

Lepas je balik dari mengajar, encik tunang & adiknya dtg amik aku & Asya kat rumah. Kami decide nak pergi tempat yg dekat2 je dengan rumah disebabkan aku mengajar tuisyen pada malam hari. So kami pilih Subang Parade sebagai destinasi. Lama dh x pegi SP ni. Banyak perubahan. Baru aku tau kat sini ada karaoke & MBO Cinema. Best jugak. Tempat makan pon byk pilihan yg best.

Bila dah nampak je ada tempat karaoke, kami semua yang kaki karaoke ni pon apalagi? tak melepaskan peluang la untuk melontarkan suara2 lunak masing2. achehhh. :P Tempat karaoke kat sini mmg sgt2 berbaloi. Untuk hari biasa b4 jam 6, bayaran dibuat mengikut lagu. Satu lagu singgit je. Dapat bilik pulak tu. Memang berbaloi2. ♥ Encik tunang bayar untuk 30lagu. Okey, nak celebrate birthday encik tunang tapi dia yg bayar. hihihihi. Terima kasih sweetheart. ♥


Lepas karaoke, perut semua org dah berkeroncong. Kami decide nak pegi makan kat Manhattan Fish Market. Ok, yang ni aku pulak blanje sempena birthday encik tunang ❤ 2nd time aku mkn kt cni dgn encik tunang. Awak suke, saya pon suke. :)


Alhamdulillah selesai solat maghrib je, ktorg decide nk p tgk wyg. Cite Elysium. Best gak cite dia  Eh, tadi ckp kje malam. Ni dh kenapa pulak nk g tgk wyg? Haha, aku terpaksa cancel p class tuisyen mlm ni. Bukan slalu nk dpt spentym mcm ni. Mmg rasa happyyyy sgt ❤ 

         

Terima kasih encik tunang blanje harini. Walaupon saya kata saya yg nk kluar celebrate birthday awak, tapi awak pulak yg blanje. Hihi. Saya syg awak. ❤ 

                                                         


P/S: Sorry b, syg lambat celebrate birthday kamu. Bukannya apa, birthday kamu jatuh seminggu hari raya 15/8, so kita masing2 balik beraya ke kampung kan. InshaaAllah tahun depan kita celebrate sama2 k?

Pertunangan Ain & Hanif 31/8/13


Alhamdulillah syukur, satu langkah lagi dlm perhubungan kami ke arah perkahwinan. ♥ Aku rasa sgt2 happy harini. Hari yg ditunggu2 telah pon tiba.♥ Kalau smalam aku stress sgt2 disebabkan org yg buat kek hantaran kata xde tulis nama kami atas kek tersebut, tapi pagi ni lepas je p amik kek n tgk kek tu sgt cantik, trus mood berubah jadi happy n excited. Alhamdulillah. Memang aku main order je kek tu. Tgk kat fb sgt2 cntik kek dia. Whatsapp bgitau je yg nk kek hantaran tunang warna tema n bayar. Rupa kek yg mcmmana pon aku xtau. Yg aku tau mesti cantik sbb dia bukak kelas buat kek & pastry. ♥ Alhamdulillah mmg cantik. ♥



Pagi ni jugak aku dok kalut nk tukar warna scallop khemah. Smalam ayah tanye nak warna apa, aku dgn slumber ckp nk warna pink + putih sbb aku tgk khemah org lain cntik warna ni. Bile kkk & adik tau aku nk warna ni, sume org marah ckp x sama dgn warna tema. Haha, kalut ckp ngn ayah pgi2 suruh tukar warna cream + biru turqoise. naseb baik ayh x marah :p

 
Jam dah menunjukkan pukul 9 pagi tapi mak andam tak sampai2 lagi. Tunggu punya tunggu dia sampai nak dekat pukul 10. Lama jugak dia solek sbb nak men'trim' kening aku yg sgt tebal ni kepada lebih teratur. Majlis dah nak mula pukul 12 tengahhari baru siap solek. Tu pon naseb baik sempat siap sebab rombongan lelaki smpai pukul 1215 tghari. Apapon aku sgt2 puas hati dengan solekan kak ara ni. Dia buat muka aku jadi lebih tirus. Masa solek tu dia ada tanya nak mekap 'light2' je ke or nak mekap artis. N aku ofkos nak mekap ala2 artis gitu. hehe. tapi taknak la over2 sgt. Overall, aku sgt puas hati. Alhamdulillah. ♥

Oh, lupe nk cerita mana dapat veil yg x dpt cari sebelum ni. Nak dijadikan cerita, haritu pergi rumah tokmok untuk beraya. Cerita la dengan tokmok & anak dia, Cik Syira yg aku tak jumpe lagi veil yg sesuai untuk majlis ni. Kebetulan, Cik Syira baru lepas nikah n offer nak bagi pinjam veil dia. Terus dia amik n tunjuk kat aku yg kebetulan jugak bawak baju tunang tym tu yg baru balik dari jakel nak cari veil. Alhamdulillah mmg sama & sgt2 sesuai. Syukur sgt dia bgi pinjam veil yg harganya beribu sx dengan harga baju dia. Thanx Cik Syira. Love u lah! ;) ♥


Ni Asya, my lovely sister yg banyak sgt tolong kakak dia yg cerewet gile ni. haha. Tq Cha, Ain ♥ u so much!


My buddy & kawan travel, Izzaty Aziz yg sanggup dtg awal tgk kawan dia ni mekap tapi tak makan pon sbb kene pergi majlis lain. Sanggup jugak dtg sebab aku dok bebel ckp sian aku xde bestfren yg dtg kn. haha. Tq Izzat dtg jugak ko. Sayang ko! ♥


Berbalik kepada cerita aku bertunang, saat yang paling mendebarkan adalah bila jari manis ni nak disarungkan cincin oleh bakal mak mertua. Ya Allah, tym tu berdebarnya jantung hanya Tuhan yg tau. Tangan dah smpai sejuk2 smpai bakal mak mertua ckp, "eh, sejuknya la tangan budak bertuah ni" sambil sarung cincin. haha. Memang aku dah nmpak tangan aku menggigil bile diregangkan. Aduhai. :p


Harini rasa macam artis kejap sebab asek bergambar je. Senyum je sampai muka rasa nak kejang dah. haha. Tapi seriously mmg rasa sgt2 happy. ♥ Turun je dari sarung cincin kat bilik terus salam sedara mara encik tunang. Ramai jugak yg datang.

Nampak je encik tunang alala smartnye dia arini. Handsome like always. ☺♥ Love u b! syg Encik Anuar Zain saya ♥




 Sempat ber'camwhoring' dengan encik tunang tersayang. hihi. ♥ Xde pelamin tpi hantaran kami cukup memeriahkan keadaan sekeliling. ;)




Hantaran 7 berbalas 9 kami ada dalam entry ni.. 


Selfie sekejap. Mekap oleh Kak Ara, Butik Pengantin D'Pilih Saujana Utama & disponsor oleh kakakku yg tersyg, kak syekin. Terima kasih kakak. Ain ❤️ U! Cerita baju & persiapan bertunang dalam entry ni.. ♥





Sempat bergambar dengan encik tunang kat luar rumah. ♥ Dari mata turun ke hati. ;)




Semoga ikatan pertunangan kami berkekalan hingga ke jinjang pelamin dan ke akhir hayat kami. Orang kata sepanjang tempoh pertunangan akan ada banyak dugaan yg perlu ditempuh. Sessi perkenalan dengan lebih dekat. Semoga kami sabar dalam menempuh hari2 yg mendatang.
Saya sayang kamu dulu, kini dan selamanya. ♥