Hari isnin, kami sekeluarga berpuasa sempena sunat hari arafah. Ptg tu aku & mak dh siapkn ketupat awal2 & ayah rebus untuk juadah berbuka sx nnti. Mak sempat buat lepat kacang jugak letak dlm daun ketupat. Sedap! Lauk berbuka mak & ayah request nak mkn kari ayam & sambal tumis ikan bilis. Ok, ain siapkan. ❤ Hajat dihati lepas msk lauk berbuka nk terus msk lauk untuk hari raya esoknya, tpi sempat goreng ayam & potong2 bawang & cili je.
Nak sambung masak lepas waktu berbuka tapi lepas je solat maghrib aku trus collapse. Hihi. Pukul 11pm ayah balik je dri takbir rumah ke rumah nampak aku dgn nyenyaknya tdo kat dapur dlm keadaan bertelekung & kata "eh, ain dh siap msk ke?" Aku trus menjawab ain x larat, tdo dulu ayah. Hehe. Sakit semua badan ni entah kenapa. Mgkin kitaran bulanan dh smpai masanya & memang betul. :p Mak pulak sama dh trtdo kt depan lepas solat isya'.
Golek punye golek, jam dah dekat pukul 12am tpi aku x start masak lgi. Xboleh jadi ni. Trus bangun basuh muka & start masak. Mudah sikit keje bile dh siap goreng ayam & potong2 bahan apa yg patut ptg tdi. Dimulakan dengan bismillah, aku start masak ayam masak merah pastu kuah kacang. Sorg2 la msk kat dapur. Mmg malas & kesian pulak nk kejut mak yg tgh tdo. Lagipon aku mmg suke msk sorg2. Senang bergerak & xde org kacau. Siap msk, mak terjaga & nk tolong2 preparekan bahan2 untuk msk lodeh esok. Tpi bile tgk mak yg dlm keadaan masih mengantuk, aku suruh mak naik atas je smbung tdo. Mak sempat tlg kopekkan ikan bilis sblum naik. Terima kasih mak. ❤
Alhamdulillah, siap msk ayam msk merah & kuah kacang lebih kurang pukul 2am. Kelakar sbb mlm2 buta kat dapur klentang klentong msk sorg2. Tdo dlm pukul 3 lebih sbb smbung iron baju mak & ayah pulak untuk raya esok. Esoknya bgun pukul 7 lebih siapkan lodeh. 1st tym msk lodeh sendiri dgn tunjuk ajar mak. Mak suruh blaja sbb thun depan nk kawen nnti senang dh pndai msk lodeh. ;) iye mak, terima kasih. ❤
Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar walillahilhamd. Raya korban tahun ni mak & ayah decide nak amik satu bahagian korban dan letakkan nama aku. Alhamdulillah, terima kasih mak & ayah. ❤ Pagi tu lepas mak & ayah pegi solat sunat aidiladha, kami makan sekeluarga & trus ke pdg untuk tgk lembu sembelihan. Sunat tgk lembu sembelihan & niat apa yg kita nak. Semoga Allah kabulkan. ❤ InshaaAllah. Pesanan mak, setiap tahun mesti korban supaya kita slalu ingat rezeki yg Allah dh bagi selama ni. Tanda kita bersyukur. InshaaAllah mak. ❤
Alhamdulillah selesai urusan korban & dpt sebekas daging korban. Xde apa yg menarik raya tahun ni. Aku byk rehatkan diri. Xpegi mane2 sbb ayah sibuk uruskan korban. Malam pulak ayah & mak pegi ceramah agama dekat surau perdana height & aku tggu kat rumah je. Tggu kepulangan anak buah, Aisy tersayang. ❤
Raya aidiladha tahun ni pakai baju raya tahun2 yg lepas. Ada baju baru tpi mak suruh simpan atas alasan nnti kawen byk nk guna baju pegi jln2 ziarah sdra mara. Hihi. Ok mak, ain ikut ckp mak. Lagipon, mmg xde pegi mana2 pon. Dok umah je makan & tdo, so x perlu baju baru :p
Tgh relax2 x berapa sihat dpt pulak gmbr2 dari buah hati yg buatkn aku tersenyum. Tq encik cintahati. Awak handsome mcm selalu. ❤ Thun dpn inshaaAllah kite raya sama2 ye? ;) ❤
Semoga amalan korban keluarga kami pada tahun ni mendapat rahmat dari Allah. Tanda syukur kami kepada Yang Maha Pemberi Nikmat di dunia & juga di akhirat. Aminn ya rabbal Alamin. ❤


















































