Thursday, June 12, 2014

Rumah Terbalik, Sabah

Alhamdulillah hari kedua kami di Sabah, kami otw ke Kundasang, Sabah. Dengan berbekalkan kereta & gps, kami redah je nk ke sana. Tempat2 yg kami nk pegi pon dh ditanda dlm note book. Tengah sibuk encik suami drive kereta, tibe2 aku ternampak sign rumah terbalik & jambatan tamparuli dlm gps. Kelam kabut kami stop kereta & sanggup patah balik semata2 nk singgah dulu rumah terbalik ni. Nasib baik baru 5 minit je terlepas perjalanan. ;)


Aku ada baca review dekat blog orang yg kata tak payah pegi rumah terbalik ni. Sbb membazir je. Tapi pada aku & encik suami yg terbang jauh dari semenanjung, tak salah kalau kami nk tgk apa yg ada kat dalam. At least kalau orang tanye pasal rumah terbalik ni kami dah ada pengalaman boleh bercerita. ;) Lagipon tiket baru RM10 sorang dengan Mykad. Kalau xde Mykad RM18 ye. Kanak2 bawah umur 12tahun RM5. Bawah 3tahun pulak free. Boleh amik gambar sampai lebam kat luar kawasan umah. Cumanya dlm umah je tak dibenarkan snap pic.Kalau tertangkap kene denda RM100. Fuuuu..




Muka2 eksaited kami awal pagi nk masuk rumah terbalik. Camwhoring dulu sementara kena beratur nk masuk dalam. Mula2 ingatkan boleh slumber masuk je. Tapi ada limit dalam 7-8 orang je sekali masuk. Ada orang yg akan bagi penerangan bagai masa dalam tu nanti.


Sebelum masuk tu sempat kami bergambar dengan replika kereta terbalik yg ada kat luar & peralatan tradisional suku kaum sabah. 




Walaupun kisah rumah terbalik ni hanyalah kisah dongeng, tapi kami mmg teruja. Bila dekat dlm tu rasa pening sikit sbb kita berdiri atas siling rumah & barang kelengkapan rumah semuanya di atas kepala. ;) Kalau nk tgk lebih real, orang tu suruh kita tunduk n terbalik kan kepala ala2 nk tgk hantu tu ada kaki ke tak. haha. :p Bile buat mcm tu serius tgk rumah tu sgt kemas & cantik. Macam alive pulak ada orang btul2 dok situ. Siap kerusi, meja, tv, mesin jahit, meja makan, mesin basuh, katil & banyak lagi lah. Complete house. Family house.



Masa yg dorg bagi kat dlm tu dlm 10minit je lengkap dgn penerangan kisah dongeng rumah tu. Tapi aku tak berapa dengar kisah dia cerita sbb terlampau ralit dok tgk benda2 terbalik ni. Hehe :P




Ni pulak kat bahagian luar rumah. Ada toilet & taman terbalik. Apalagi, camwhoring la kami. ;)





Kami amik masa sejam jugak kat sini, beli tiket, beratur nak masuk dalam, sesi penerangan, sesi lawatan, sesi bergambar, sesi beli belah (beli fridge magnet je). Apa2pon berbaloi la masuk dpt amik gmbr sampai lebam. Hehe ;) Pengalaman sendiri tgk rumah terbalik yg ada berapa je kat dunia ni. Salah satunya kami dah smpai, kat sinilah Tamparuli, Sabah. Alhamdulillah ♥

Wednesday, June 11, 2014

Honeymoon lagi ♥ Kota Kinabalu, Sabah

Alhamdulillah, hari ni tiba masanya untuk honeymoon kami kali kedua. Kali ni kami akan ke Kota Kinabalu, Sabah pulak. Negeri terakhir dalam Malaysia yg blom pernah aku jejakkan kaki. Beruntung dpt book flight tix murah awal2. So mmg berbaloi. ♥ 



Huwaaa, tgk la bag kami ni. Satu beg penuh dgn baju, satu beg lagi penuh dgn mknn. Hahaha. Macam la takde mknn halal kat sana. Kami just prepare sbb setau kami dekat sabah xde jual roti gardenia. So, nak taknak kami mmg bekalkan roti yg byk untuk bekalan kami berdua. Hehe. ;)





First tym flight kami dari lapangan terbang yg baru dibuka, KLIA 2. Lebih cantik & menarik. Banyak kedai2 dah mcm shopping complex pulak aku tgk. :P Tapi ni bukan kali pertama aku dtg sini, sebelum ni dh pernah dtg anta mak ayah nk p beijing. Memang cantik & lebih luas. Jauh berbeza dari LCCT.


Flight kami pkl 11.30pagi n dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinbalu pada jam 1.30 petang. Aku dh tak risau sgt dah nk pk pengangkutan sepanjang berada kat sana. Sbb aku ada abang angkat yg menetap kat KK. So, abg agkat aku ni sgt baik hati nk pinjamkan kereta myvi dia kat kami. Alhamdulillah rezeki. ♥




Pemandangan dari atas kapal terbang bila dh nk smpai tu sgt2 cantik. Aku mmg sangat2lah teruja. Boleh nampak pulau2 yg cantik & resort2 yg menarik. Alhamdulillah kami touched down pkl 1.30 pm n abg & isteri dah tggu untuk bgi pinjam kereta. ;)



Lepas abg & isteri bwk kami jln2 keliling bandar kk, kami singgah solat jamak qasar
Sebentar kat Masjid Negeri Kota Kinabalu. Cantik masjid ni. Luas & bersih. Sgt selesa. Alhamdulillah.


Menikmati sunset di tepi pantai sambil bergambar bersama suami tercinta. ♥


Hampir seharian kami berjalan, baru perasan yg kami berdua blom mkn apa2 pon dri pgi. Cuma alas perut dgn roti gardenia yg kami bawa dri semenanjung. Laparnye bukan main.
Petang tu kami jalan2 kat pasar filipin. Tgk2 apa yg boleh dibeli. Aku ada baca review kat   blog orang, kalau pegi psr filipin ni kne pndai cari mknn yg bersih sbb tkut sakit perut. Nasib baik abg & isteri ada tunjuk kat mana tmpat yg ok.



Seafood kt cni mmg terbaekkk. Semuanya fresh2. Harga pulak jauh lebih murah. Kami mmg x pk panjang dh, sibuk pilih2 seafood n tggu dorg msk. Sedap! Mgkin sbb lapar sgt dh. Hehe. :p


Semangat suamiku yg tercinta ni makan. Lapar ye? Ala sian. Hihi. :p


X larat kami nk abiskan semua mknn yg diorder. Bukan sbb tamak order mcm2, tpi sbb portion dia tu xbole bli sikit2. Dia mmg ada minimum amount klu nk bli udang n sotong tu. End up kami bungkus bwk balik je mknn yg x abis. Manalah tau tbe2 mlm kang terasa lapar pulak nk mkn. ;)


Ni hotel kami. Hotel Shangri-la. Tmpat yg sgt strategik kt tgh2 bandar. Nk p mana pon sgt senang. Harga pon boleh tahan. Xmahal pon tapi siap ada bath tub kat hotel ni. Suka la tu encik suamiku berendam dalam bath tub tu kan. Hihi. :P




Malam tu kami ke Jesselton Point. Sbenarnye dah janji nk makan2 dgn abg & isteri tapi disebabkan kami dah lapar semacam petang tadi, so terlupa pulak double date mlm tu. Jadinye, abg mkn dgn isteri dia je & kami dtg kemudian minum2 je. Sampai skrg still teringat2 mango shake kat Jesselton Point ni. Ya Allah sedapnye lahai. Tak pernah jumpe lagi mango shake yg sedap kat semenanjung ni. ♥



Lepas minum2, sempat kami ke pasar malam bandar KK pegi cari barang2 souvenier yg nk dibawa balik. Dapat la bli butang baju melayu encik suami byk2 sbb mmg murah. Aku pon ada la bli jugak brooch tapi brooch kat sini agak mahal jugak berbanding dekat Jalan TAR. So beli pape yg patut je.

Kami singgah dekat perusahaan ikan kering semua sbb setau kami mmg murah ikan bilis, udang kering kat sabah ni. Tapiiiiiii, mesti kene bawak orang tempatan kalau tak mesti mahal gile. Nasib baik la abg & isteri ikut sx tym ni, mmg dapat murah gile klu nk banding dgn harga yg dia letak kat plastik. Banyak jugak la kami bli, 2kotak penuh dengan ikan bilis, udang kering, keropok cincin & banyak lagi.

Sempat la singgah pantai Tanjung Aru kejap sbb nk tgk2. Tapi apa la yg nampak mlm2 cenggini. Dpt dengar bunyi deruan ombak je. Huhu. Jadinye, kami balik ke hotel je rehatkan diri sbb esok dah nk ke Kundasang. ♥

Friday, May 30, 2014

Round Perlis wif LOVE

Perlis mmg best untuk lari dri kesesakan kota. Xde pon bangunan tinggi2 pencakar langit atau konkrit2 keliling pandangan. Semuanya hijau, saujana mata memandang. Subhanallah Maha Suci Allah. ❤ Aku mmg sgt2 teruja bile dh smpai cni. Asik nk bergambor je la kejenye. Haha.. tapi mmg syok sbb ada suami yg rajin melayankan isteri dia. :p


Hari kedua smpai kat cni abah & mak bawak aku jalan2 ziarah rumah sdara mara pulak. Rumah semuanya x jauh pon. 15-20 minit dh smpai. Seronok sbb kebanyakannya rumah separa papan yg dikelilingi dgn sawah padi. Ada yg dh dibajak sawah nya.  X sempat nk tgk padi menguning. :( 


Setiap kali pegi ziarah mesti ada je mknn yg dihidangkan. Ya karimmmm, rasa mcm nk meletup perut ni. Diet mmg dh lama ke laut since hari persandingan kami aritu. Hehe. Bukan apa, aku cuma ingat pesanan mak sendiri, kalau pegi rumah org jgn x mkn. Kesian org tu dh sediakan penat2 untk kite, kalau tgk kite smgt mkn, mesti dia happy. Baiklah mak, ain mkn dgn seleranya la k? Hihi. :p Alhamdulillah bertambah2 lah rezeki tuan rumah yg bgi kami mkn sedap2 tanpa silunya. ❤ 


Hari ketiga keberadaan kami disini, kami plan pegi ke Padang Besar. Sape2 je yg dtg Perlis ni mmg wajib p sini sbb brg2 dia seriously murah. Tapi kne pandai tawar jugak la, nnti akn dpt lgi murah.  Hajat dihati mmg nk borong je byk2 brg yg murah tu, tpi dsebabkan keta x muat so kne limitkan pembelian. Pasni kne bawak keta sndiri klu nk bli brg byk2 ye. ;) Aku byk bli kaftan je untk family. Xtau nk bli apa pon sbenarnye.


Petang tu lepas penat shopping kat Padang Besar,  kami balik mkn tghari & berehat2 sbelum plan nk ke Taman ular & reptilia. Dekat sana mmg ular dia xbyk lgsung. Bukan xbyk tpi mcm xde pon. Huhu. Teringat dlu pegi sini tym abis SPM, siap ada ular sawa besar aku & kawan2 boleh pegang& letak atas bahu. Tapi nasibbaik la ada expo kucing dlm tu, so dpt la bwk anak2 buah kami ni tgk apa yg patut. Kucing2 ni semuanya gebu2, gerammmmm.. 


Lepas balik dari taman ular, encik suami ajak jalan2 naik motor keliling kampung. Alaaa bestnyeeeee.  ❤ dh lama x jln2 mcmni. Siap dpt tgk sunset lgi. Blessed! :) Dlu sblm maksal meninggal & tinggal dekat sekinchan, ktorg spupu spapat slalu naik beskal jln2 tgk sawah mcmni la. Bestttt.


Keesokkan harinya encik suami bwk aku ke Wang Kelian. Family yg lain semua xnk ikut sbb dh xde apa nk bli & malas nk bawak anak2 sx. Tapi dsebabkan aku xpernah pegi sini lgi, encik suami bawakkan jugak supaya aku tau suasana & keadaan kat sana mcmmana. Baru la aku tau jln nk kesana berliku2 naik turun bukit mcm nk pegi genting tu. Teruja pulak. Hehe.
sampai sana barang2 semuanya mmg murah2. Tapi mmg xbole nk bli byk sbb masalah xmuat keta. Jadinya kami hanya beli 2 blanket & beras pulut & brg2 mknn sikit2 untk di bawa pulang ke Sungai Buloh. 


Otw balik ke kampung semula, sempat encik suami bawak pegi melawat Gua Kelam kat sana. Alhamdulillah rezeki kami sbb sblum ni gua kelam ni ditutup sbb dilanda banjir besar & under renovation tpi bru je bukak balik beberapa bulan yg lalu. Panjang la jugak laluan dia. Nak masuk tu kne bayar RM2 seorang. 

Harini hari kelima kami berada disini & terpaksa pulang ke Melaka memandangkan encik suami sudah start bekerja esoknya. Sempat kami singgah Sg Buloh dlu hantar souvenirs & apa2 yg patut. Aku sambung bercuti di rumah mentua pulak sblum honeymoon kami yg kedua minggu depan. InshaaAllah ❤

Thursday, May 29, 2014

Jalan-jalan cuti sekolah

Yayyyyy, cuti sekolah kembali lagi. Seronoknya lahai jadi cikgu ni. Bila anak murid cuti, konfem2 cikgu2nye akan cuti sekali. hehe. Cuti sekolah pertengahan kali ni mmg lama. Hampir 3 minggu sebab cuti start hari Rabu 28 Mei sampailah 15 Jun. Mmg sgtlah heaven, alhamdulillah. ♥

My bff since dari SMAPKajang dulu, Musfirah pilih tarikh 29Mei untuk menikah. Hari Khamis instead of hari minggu atas sebab2 tertentu. Aku mmg dari awal xtau nak pegi ke tak disebabkan kena tgk jadual keje encik suami, lagipon Mus buat majlis dekat Kedah nun jauh di utara. Jauh bebenor la nye. 

Aku tersangat sangatlah happy bile encik suami kata yg kami akan pergi ke sana tapiiii bersama keluarga mentua sekali sbb pak & mak mentua nk bwk aku balik kg belah mak mentua jumpe sdara mara kat sana pulak, almaklumlah kan kami baru berkahwin. :) aku setuju lagipon dah lama x ke perlis. Last pegi pon masa masih budak2 darjah 4 rasanya. Alaaa bestnyeeeee.. ;)

Kami bertolak dari Sg Buloh lebih kurang pkl 9am. Mak mentua siap msk2 dlu kat umah along b4 mulakan perjalanan. Nak mkn tgh jln katanya. Rajinnye lahai msk pgi2 untuk bekalan kami sekeluarga. Kalau keluarga aku dh lama kami mkn kt rnr je. Huhu.Kami sampai ke majlis kahwin mus di Alor Star lebih kurang pkl 4pm. 6-7jam perjalanan. Lamanye lahai. Naik kematu punggung ni hah. Almaklumlah pegi dua keta, kejap sorg2 stop nk buang air kecik la, tukar diapers anak la, makan dlu la. Tambah2 pulak ikut gps yg kadang2 bengong tunjuk jln ntah mana2. Tu yg lmbt smpai. Sabo jer la. :p Tapi ape2pon alhamdulillah kami tetap smpai ke majlis bff aku. :)



Selamat pengantin baru Musfirah Almubarak. Selamat dtg ke alam perkahwinan. Kawin jugak akhirnya ko lepas banyak onak duri yg ko lalui sebelum ni. Alhamdulillah. Aku doakan semoga jodoh korang berkekalan hingga ke akhir hayat & ke syurga abadi,  inshaaAllah. Sekarang kite dh sama title as bini orang, doa2 persahabatan kita kekal sampai bile2. :)


Lepas siap2 mkn & bergambar dgn mus, kami teruskan perjalanan ke kg halaman encik suami di Kg Seriab Perlis. Alaaa bestnyeeee, kg encik suami masih rumah papan n dikelilingi dgn sawah padi yg sdg menghijau tym tu. Happynye aku bukan main lgi sbb dri dlu aku mmg minat pijak2 atas rumah papan. Kalau dlu kg aku kat muar mmg rumah papan tpi skrg dh xde dh, dh dirobohkan. :( 

 

Kami mmg x lepaskan peluang snap pic byk2 kat blkg kwsn kg. Ala2 post wedding photoshoot gitu & along jadi mangsa photographer x berbayar kami. Hehe tq along layankan aje kami berdua ni ;) 

Hampir sminggu kami kat sini & aktiviti kami disini akan aku kongsikan dlm next entry. InshaaAllah :)