Alhamdulillah, tahun ni dapat lagi ak menunaikan rukun islam yg ketiga iaitu puasa..syukur kehadrat Illahi diberi peluang iman dan islam dan kekuatan untk meneruskan puasa dalam bulan yg mulia ni..xtau lg thn dpn kte dpt atau tak untk bertemu dengan bulan dimana al-Quran diturunkan, malam lailatul-qadar, malam yang lebih baik daripada seribu malam, diberkati dan mempunyai kelebihan doa yang akan diperkenankan oleh Allah S.W.T.
tahun ni seperti tahun² yg sebelumnya mak akan menukar langsir umah sempena menyambut kedatangan ramadhan, umah dbersihkan macam tetamu nk dtg, mak mmg sgt² amik berat if tetamu ramadhan yg akan dtg..bersih²kan umah macam esok nak raya dah.. (:
malam pertama ramadhan, ak, mak n asya pegi masjid saujana utama menunaikan solat terawih 8 rakaat + 3rakaat solat witir..ayah pulak pegi solat kat surau kawasan umah je sbb kat situ mmg jemaah² tetap n gang² surau ayah.. tak setiap hari ak dapat tunaikan solat terawih berjemaah sbb ak keje stiap mlm isnin, selasa, rabu, n jumaat.. ): terpaksa la ak buat sendiri ble dh abis keje.. semoga ak dberi kekuatan untk melaksanakan solat terawih walaupun penat bekerja..
harapan ak untk ramadhan kali ni agar ramadhan kali ni lebih bermakna daripada ramadhan² yg lepas..smoga doa² ak, keluarga, saudara mara, sahabat handai, jiran tetangga, umat islam d seluruh dunia dimakbulkan oleh Rabbul 'Alamin.. Aminn.. (:

































