Alhamdulillah majlis kesyukuran menyambut menantu diraikan dgn bersederhana tapi meriah. Pada mulanya ingatkan nk buat majlis kesyukuran simple2 je, nk pggil sdr mara trdekat & xnak bukak khemah semua memandangkan haritu klu nk diikutkan majlis sebelah perempuan dh merangkumi majlis pihak lelaki sekali. Tapi atas sbb2 tertentu mak & pak mentuaku bukak jugak 2 khemah & jemput saudara mara & jiran tetangga.
Semua perancangan btl2 dibuat last minit. Cumanya mmg ada perancangan awal untk jemput family sbelah aku bertandang ke Melaka, cumanya xtau bile.
Dua hari lepas majlis akad nikah & resepsi di Sg Buloh, kami dh pegi bulanmadu 4hari 3malam di Bali. So mmg x sempat nk buat hjg mggu tu. Tbe2 pak mentua decide nk buat 5 April, Sabtu mggu depannya. Ada masa kurang seminggu untk buat persiapan. Kad jemputan kahwin kami along fotostat je, senang & simple. Catering makanan semua mmg xperlu nk risau dh sbb family mentua mmg dh biasa gotong royong msk sndiri. Ok settle! :)
Pakaian bertandang kami pulak mmg aku dh sediakan awal2. Kain lace yg aku bli 2tahun lepas masa bercuti kat Bandung, Indonesia mmg pada awalnya plan untk dipakai pada majlis nikah, tpi dsebabkan aku bertukar fikiran nk pki warna cream tym nikah, jadinya baju ni ditempah khas untk majlis bertandang kami. Baju encik suami pulak aku bli di Jakel Shah Alam je. Baju Aaron Aziz. Susah btul nk dpt warna yg sama dgn shawl yg aku pakai. Jadinya beli je yg seakan2 sama. :) mekap pulak sendiri je. ❤
Walaupun perancangan dianggap last minit, tapi alhamdulillah ramai saudara mara aku yg dpt dtg & xkurangnya tetamu yg hadir pon ramai. Kami betul2 bersyukur semuanya berjalan lancar dgn izin Allah. Makanan yg disediakan mmg sedap. Nasi briyani berlaukkan daging masak apa ntah, sambal sotong kering, sambal goreng, pencok, papedom & macam2 lagi. Semuanya masak sendiri. ♥
Mcm biasa, lepas mkn2 ayah akan ajak family belah lelaki untuk berbincang, lebih kepada majlis penyerahan & sessi kenal mengenal. Waktu ni mmg sgt sedih bile ayah bgi nasihat dekat aku & encik suami supaya tabah mengharungi kehidupan berumahtangga. Walau apapon encik suami wajib mendahulukan ibu bapa kemudian barulah isteri & isteri tetap mendahulukan suami. Ayah minta supaya keluarga encik suami dpt menerima aku seadanya & mendidik & menegur salah silap aku. Alhamdulillah keluarga encik suami menerima aku dengan hati terbuka, berlapang dada menganggap aku sama seperti anak mereka sndiri. ❤
Terima kasih mak & abah merestui hubungan & perkahwinan kami berdua. Terima kasih menerima Ain sebagai menantu kepada anak lelaki ksygn mak & abah. Terima kasih menganggap Ain seperti anak sendiri. InshaaAllah Ain berjanji akan menjaga baik anak mak & abah, menyayanginya sepenuh hati & sentiasa berada disisinya susah & senang. ❤
Terima kasih yg x terhingga buat mak & ayah yg membesarkan Ain selama ini. Terima kasih mak kerana mengandungkan Ain 9bulan 10hari & menjaga baik Ain yg penuh dgn kerenah & xtido mlm menjaga ketika Ain sakit. Terima kasih ayah yg mencari rezeki buat anak2 ayah & menyayangi Ain selama ni. Syurga Ain doakan tempat mak & ayah yg membesarkan & mendidik Ain dari kecil hingga dewasa. ❤







































