Thursday, June 12, 2014

Jambatan Tamparuli, Sabah

Teringat pesan kawan2 dari Sabah, dah pegi KK tu jangan lupa singgah amik gambar dekat Jambatan Tamparuli ye? Alhamdulillah lepas singgah di Rumah Terbalik tadi, kami singgah bergambar dekat Jambatan Tamparuli ni. Memang dekat je, dalam 5minit. Apa yg istimewanya, Jambatan Tamparuli ni adalah jambatan gantung terpanjang & kebanggaan suku kaum Kadasan Dusun sampaikan adanya terciptanya lagu yg berjudul Jambatan Tamparuli. Tapi aku dah x ingat mcmmana lagu ni. Yang ingatnya lagu tinggi2 gunung kinabalu je. Hehe :p




Teriknya panas lahai. Mata sepet2 nk bergambar. Tahankan aje la, nk bergambar punye pasal kn. Hehe.  Encik suami macam biasa layankan aje kerenah isteri dia. Seorang yg tggi sifat sabar pada isteri. Hee ;)





Best berjalan atas jambatan ni. Dia goyang2. Kami jalan separuh je, x smpai ujung pon. At least dh dpt bergambar dh puas hati. ;) Sekarang jom teruskan perjalanan ke Kundasang. ♥

Rumah Terbalik, Sabah

Alhamdulillah hari kedua kami di Sabah, kami otw ke Kundasang, Sabah. Dengan berbekalkan kereta & gps, kami redah je nk ke sana. Tempat2 yg kami nk pegi pon dh ditanda dlm note book. Tengah sibuk encik suami drive kereta, tibe2 aku ternampak sign rumah terbalik & jambatan tamparuli dlm gps. Kelam kabut kami stop kereta & sanggup patah balik semata2 nk singgah dulu rumah terbalik ni. Nasib baik baru 5 minit je terlepas perjalanan. ;)


Aku ada baca review dekat blog orang yg kata tak payah pegi rumah terbalik ni. Sbb membazir je. Tapi pada aku & encik suami yg terbang jauh dari semenanjung, tak salah kalau kami nk tgk apa yg ada kat dalam. At least kalau orang tanye pasal rumah terbalik ni kami dah ada pengalaman boleh bercerita. ;) Lagipon tiket baru RM10 sorang dengan Mykad. Kalau xde Mykad RM18 ye. Kanak2 bawah umur 12tahun RM5. Bawah 3tahun pulak free. Boleh amik gambar sampai lebam kat luar kawasan umah. Cumanya dlm umah je tak dibenarkan snap pic.Kalau tertangkap kene denda RM100. Fuuuu..




Muka2 eksaited kami awal pagi nk masuk rumah terbalik. Camwhoring dulu sementara kena beratur nk masuk dalam. Mula2 ingatkan boleh slumber masuk je. Tapi ada limit dalam 7-8 orang je sekali masuk. Ada orang yg akan bagi penerangan bagai masa dalam tu nanti.


Sebelum masuk tu sempat kami bergambar dengan replika kereta terbalik yg ada kat luar & peralatan tradisional suku kaum sabah. 




Walaupun kisah rumah terbalik ni hanyalah kisah dongeng, tapi kami mmg teruja. Bila dekat dlm tu rasa pening sikit sbb kita berdiri atas siling rumah & barang kelengkapan rumah semuanya di atas kepala. ;) Kalau nk tgk lebih real, orang tu suruh kita tunduk n terbalik kan kepala ala2 nk tgk hantu tu ada kaki ke tak. haha. :p Bile buat mcm tu serius tgk rumah tu sgt kemas & cantik. Macam alive pulak ada orang btul2 dok situ. Siap kerusi, meja, tv, mesin jahit, meja makan, mesin basuh, katil & banyak lagi lah. Complete house. Family house.



Masa yg dorg bagi kat dlm tu dlm 10minit je lengkap dgn penerangan kisah dongeng rumah tu. Tapi aku tak berapa dengar kisah dia cerita sbb terlampau ralit dok tgk benda2 terbalik ni. Hehe :P




Ni pulak kat bahagian luar rumah. Ada toilet & taman terbalik. Apalagi, camwhoring la kami. ;)





Kami amik masa sejam jugak kat sini, beli tiket, beratur nak masuk dalam, sesi penerangan, sesi lawatan, sesi bergambar, sesi beli belah (beli fridge magnet je). Apa2pon berbaloi la masuk dpt amik gmbr sampai lebam. Hehe ;) Pengalaman sendiri tgk rumah terbalik yg ada berapa je kat dunia ni. Salah satunya kami dah smpai, kat sinilah Tamparuli, Sabah. Alhamdulillah ♥

Wednesday, June 11, 2014

Honeymoon lagi ♥ Kota Kinabalu, Sabah

Alhamdulillah, hari ni tiba masanya untuk honeymoon kami kali kedua. Kali ni kami akan ke Kota Kinabalu, Sabah pulak. Negeri terakhir dalam Malaysia yg blom pernah aku jejakkan kaki. Beruntung dpt book flight tix murah awal2. So mmg berbaloi. ♥ 



Huwaaa, tgk la bag kami ni. Satu beg penuh dgn baju, satu beg lagi penuh dgn mknn. Hahaha. Macam la takde mknn halal kat sana. Kami just prepare sbb setau kami dekat sabah xde jual roti gardenia. So, nak taknak kami mmg bekalkan roti yg byk untuk bekalan kami berdua. Hehe. ;)





First tym flight kami dari lapangan terbang yg baru dibuka, KLIA 2. Lebih cantik & menarik. Banyak kedai2 dah mcm shopping complex pulak aku tgk. :P Tapi ni bukan kali pertama aku dtg sini, sebelum ni dh pernah dtg anta mak ayah nk p beijing. Memang cantik & lebih luas. Jauh berbeza dari LCCT.


Flight kami pkl 11.30pagi n dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinbalu pada jam 1.30 petang. Aku dh tak risau sgt dah nk pk pengangkutan sepanjang berada kat sana. Sbb aku ada abang angkat yg menetap kat KK. So, abg agkat aku ni sgt baik hati nk pinjamkan kereta myvi dia kat kami. Alhamdulillah rezeki. ♥




Pemandangan dari atas kapal terbang bila dh nk smpai tu sgt2 cantik. Aku mmg sangat2lah teruja. Boleh nampak pulau2 yg cantik & resort2 yg menarik. Alhamdulillah kami touched down pkl 1.30 pm n abg & isteri dah tggu untuk bgi pinjam kereta. ;)



Lepas abg & isteri bwk kami jln2 keliling bandar kk, kami singgah solat jamak qasar
Sebentar kat Masjid Negeri Kota Kinabalu. Cantik masjid ni. Luas & bersih. Sgt selesa. Alhamdulillah.


Menikmati sunset di tepi pantai sambil bergambar bersama suami tercinta. ♥


Hampir seharian kami berjalan, baru perasan yg kami berdua blom mkn apa2 pon dri pgi. Cuma alas perut dgn roti gardenia yg kami bawa dri semenanjung. Laparnye bukan main.
Petang tu kami jalan2 kat pasar filipin. Tgk2 apa yg boleh dibeli. Aku ada baca review kat   blog orang, kalau pegi psr filipin ni kne pndai cari mknn yg bersih sbb tkut sakit perut. Nasib baik abg & isteri ada tunjuk kat mana tmpat yg ok.



Seafood kt cni mmg terbaekkk. Semuanya fresh2. Harga pulak jauh lebih murah. Kami mmg x pk panjang dh, sibuk pilih2 seafood n tggu dorg msk. Sedap! Mgkin sbb lapar sgt dh. Hehe. :p


Semangat suamiku yg tercinta ni makan. Lapar ye? Ala sian. Hihi. :p


X larat kami nk abiskan semua mknn yg diorder. Bukan sbb tamak order mcm2, tpi sbb portion dia tu xbole bli sikit2. Dia mmg ada minimum amount klu nk bli udang n sotong tu. End up kami bungkus bwk balik je mknn yg x abis. Manalah tau tbe2 mlm kang terasa lapar pulak nk mkn. ;)


Ni hotel kami. Hotel Shangri-la. Tmpat yg sgt strategik kt tgh2 bandar. Nk p mana pon sgt senang. Harga pon boleh tahan. Xmahal pon tapi siap ada bath tub kat hotel ni. Suka la tu encik suamiku berendam dalam bath tub tu kan. Hihi. :P




Malam tu kami ke Jesselton Point. Sbenarnye dah janji nk makan2 dgn abg & isteri tapi disebabkan kami dah lapar semacam petang tadi, so terlupa pulak double date mlm tu. Jadinye, abg mkn dgn isteri dia je & kami dtg kemudian minum2 je. Sampai skrg still teringat2 mango shake kat Jesselton Point ni. Ya Allah sedapnye lahai. Tak pernah jumpe lagi mango shake yg sedap kat semenanjung ni. ♥



Lepas minum2, sempat kami ke pasar malam bandar KK pegi cari barang2 souvenier yg nk dibawa balik. Dapat la bli butang baju melayu encik suami byk2 sbb mmg murah. Aku pon ada la bli jugak brooch tapi brooch kat sini agak mahal jugak berbanding dekat Jalan TAR. So beli pape yg patut je.

Kami singgah dekat perusahaan ikan kering semua sbb setau kami mmg murah ikan bilis, udang kering kat sabah ni. Tapiiiiiii, mesti kene bawak orang tempatan kalau tak mesti mahal gile. Nasib baik la abg & isteri ikut sx tym ni, mmg dapat murah gile klu nk banding dgn harga yg dia letak kat plastik. Banyak jugak la kami bli, 2kotak penuh dengan ikan bilis, udang kering, keropok cincin & banyak lagi.

Sempat la singgah pantai Tanjung Aru kejap sbb nk tgk2. Tapi apa la yg nampak mlm2 cenggini. Dpt dengar bunyi deruan ombak je. Huhu. Jadinye, kami balik ke hotel je rehatkan diri sbb esok dah nk ke Kundasang. ♥