Saturday, September 13, 2014

My BFF Weddings

Alhamdulillah tahun ni my bff since diploma akan mengakhiri zaman bujang mereka. Mula2 'Aisyah yg bernikah pada 15 Ogos 2014, lepastu turn Amira pulak pada 13 September 2014.


Aku dtg yg paling lewat antara bff yg lain dsebabkan aku x amik cuti, tggu sekolah habis. Tapi nasibbaik sempat smpai & camwhoring dlu sblum 'Aisyah bertukar status. :) sempat dengar ijab & qabul. Alhamdulillah dgn skali lafaz 'Aisyah sah menjadi isteri encik Abdul Adil.


'Aisyah mmg sgt cntek mengenakan busana off white. Kami bff pulak disuruh untk mengenakan warna hijau. Tpi hijaunya semua lain2. Konfius dgn gmbr yg 'Aisyah whatsapp sbelum ni. Hehe. Tpi okla tu, lebih kurang sama jugak. :)
 Pelamin diy pon sgt lovely. Semuanya cantek. ♥


Keesokkan harinya, aku jugak yg paling lewat smpai untk majlis resepsi dsebabkan pagi tdi ada konsert Q-dees & habis pkl 12pm. Bergegas aku bersiap & pecut ke PJ dari Sri KDU Kota Damansara. Fuuu rasa nk nangis sbb hp abis bateri sedangkan aku mmg bergantung sepenuhnya kat gps dlm tu. Huhu. Tapi alhamdulillah akhirnya smpai jugak, main redah.


Btw, congratulations 'Aisyah. Welcome to d club. Semoga menjadi isteri cerdik yg solehah & berkasih sayang sehingga ke syurga abadi. Aminnnn. ❤



Selang sebulan turn Amira pulak menamatkan zaman bujang. Kali ni aku x lari2 lgi pegi sorg2 tapi aku bwk encik suami & keluarganya. Almaklumlah baru start cuti sekolah seminggu. Encik suami nk bawak isteri dia balik Melaka. ❤ 
Aku xdpt tgk majlis nikah Amira pd hari yg sama pgi tu. Tghari baru kami smpai majlis resepsi yg diadakan dekat dlm dewan Maju Junction. Jadinya xsempat nk bercamwhoring dgn bff yg lain. Ada bergambar bersama tpi xingt dekat camera siapa. Kne tggu official gmbr kawin Amira nnti bru bole tgk gmbr kami bff.


Amira sgt2 cntek. Semuanya nmpk sempurna. Pelamin, kek, deco2 semuanya cntek. Berbaloilah klu mmg lama dh aku tgk Amira ni plan majlis kawen dia. Dri zaman diploma, degree lagi dia dok survey2 untuk majlis sndiri. Turn out semuanya mmg captured ur eyes. ♥


Papepon tahniah Amira. Kalau dulu kite dua mmg slalu berkepit dua tpi skrg dua2 dh ada kehidupan masing2. Aie doakan semoga jodoh ko & Hanafi kekal bahagia smpai syurga abadi. ❤ 
'Aisyah & Amira cepat2 kejar langkah Aie & Nina pulak yg bakal bergelar ibu tahun depan. InshaaAllah. ;)


Kepada encik suami tercinta, terima kasih temankan isteri kesayangan kamu. Bila pergi majlis kahwin org lain mesti teringat majlis kahwin sendiri. Bole kira kami ni pengantin baru la jugak kn sbb baru bulan 3 yg lepas kami berkahwin. Hehe. ;) Semoga perkahwinan kita jugak diberkati Tuhan & berkekalan bahagia hingga ke syurga-Nya. Aminn InshaaAllah. ❤

Tahniah lagi sx buat bff tersayang 'Aisyah & Amira. Pasni kita tunggu turn Izzah & Syaza pulak. InshaaAllah dipermudahkan segala urusan. :) ❤

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.