Sunday, October 5, 2014

Salam aidiladha 1435h


Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar Walillahilhamd.. 
Raya korban tahun ni alhamdulillah kami dapat ambil 1 bahagian lembu untuk suami melalui ez qurban. Tanda rasa syukur kami dikurniakan rezeki berkahwin, dpt 2 kali berbulanmadu tahun ni, bakal mendapat anak tahun hadapan & pelbagai lagi rezeki yg tidak ternilai harganya ❤


Tahun ni cukup istimewa sbbnya encik suami buat kejutan bile beliau pulang beraya bersama2 keluargaku. Kalau diikutkan encik suami terpaksa bertugas malam raya & kami terpaksa beraya berjauhan. X sangka bile encik suami muncul depan pintu bagi salam sehari sebelum raya. Aku mmg menjerit terkejut bile ayah ckp cik abg aku dh smpai. Rasa nk melompat & menangis pon ada. Serious excited. Encik suami xbgitau pon nk balik. Saje nk buat seprise untk isteri dia ni. Lama x buat seprise katanya. Tq hubby. Syg love u. ❤


Raya aidiladha kali ni aku x dpt ikut encik suami , mak & ayah solat sunat hari raya aidiladha bersama sbbnya rasa x sihat. Mata bengkak akibat allergic & perut rasa x slesa. 
Perut rasa lapar tpi tekak xdpt terima mknn. Rasa nk termunt** bile tgk mknn yg dihidangkan. Bau pon xbole. Dari mlm tdi rasa mual. Memasak smbil tutup hidung. Mgkin sbb bau manis bwg yg ditumis menghantui dri mlm tdi. Huhu. Saba jerla. 


Kami sempat pegi tgk lembu ayah yg akan dikorbankan harini. Ayah amik 1 bhagian. Ada 7 ekor semuanya tpi lembu ayah lembu yg ketiga. Baru lepas sembelihan yg pertama aku dh ajak encik suami balik sbb rasa pening nk pitam & lapar sgt2. Balik rumah sempat jamah separuh ketupat dgn kuah lodeh & ayam msk merah seketul untk alas perut. Kuah kcg x sentuh pon. Mkn xabis sbb xde selera. :( 



Lepas asar, kami sekeluarga pegi menziarah wak abas & wakwok yg kurang sehat dekat umah abg talib di Puchong. Ramai sdra mara yg berkumpul kat sana. Rasa seronok bile dpt berkumpul mcmni. Mengeratkan silaturrahim. ❤


Semangat aku dpt mkn nasi lemak yg sarah msk sbb perut mmg tgh lpr. Dpt jugak mkn masakan selain masakn raya waktu2 mcmni. Alhamdulillah. Hehe. Tapi mknn xbertahan lama sbb aku munt** lepastu. Alahai entah kenapa baby dlm perut arini xmau mkn. :(

Apa2pon, alhamdulillah raya aidliadha pertama kami bersama & dpt berqurban. InshaaAllah ada rezeki lebih yg Allah kurniakan akan kami infakkan ke jalan Allah. Terima kasih Ya Allah atas segala nikmat & kasih sayang yg Engkau berikan kepada kami. Semoga kami menjadi hamba-Mu yg sentiasa bersyukur atas nikmat-Mu. Aminnn inshaaAllah.  :) ❤

Saturday, September 13, 2014

My BFF Weddings

Alhamdulillah tahun ni my bff since diploma akan mengakhiri zaman bujang mereka. Mula2 'Aisyah yg bernikah pada 15 Ogos 2014, lepastu turn Amira pulak pada 13 September 2014.


Aku dtg yg paling lewat antara bff yg lain dsebabkan aku x amik cuti, tggu sekolah habis. Tapi nasibbaik sempat smpai & camwhoring dlu sblum 'Aisyah bertukar status. :) sempat dengar ijab & qabul. Alhamdulillah dgn skali lafaz 'Aisyah sah menjadi isteri encik Abdul Adil.


'Aisyah mmg sgt cntek mengenakan busana off white. Kami bff pulak disuruh untk mengenakan warna hijau. Tpi hijaunya semua lain2. Konfius dgn gmbr yg 'Aisyah whatsapp sbelum ni. Hehe. Tpi okla tu, lebih kurang sama jugak. :)
 Pelamin diy pon sgt lovely. Semuanya cantek. ♥


Keesokkan harinya, aku jugak yg paling lewat smpai untk majlis resepsi dsebabkan pagi tdi ada konsert Q-dees & habis pkl 12pm. Bergegas aku bersiap & pecut ke PJ dari Sri KDU Kota Damansara. Fuuu rasa nk nangis sbb hp abis bateri sedangkan aku mmg bergantung sepenuhnya kat gps dlm tu. Huhu. Tapi alhamdulillah akhirnya smpai jugak, main redah.


Btw, congratulations 'Aisyah. Welcome to d club. Semoga menjadi isteri cerdik yg solehah & berkasih sayang sehingga ke syurga abadi. Aminnnn. ❤



Selang sebulan turn Amira pulak menamatkan zaman bujang. Kali ni aku x lari2 lgi pegi sorg2 tapi aku bwk encik suami & keluarganya. Almaklumlah baru start cuti sekolah seminggu. Encik suami nk bawak isteri dia balik Melaka. ❤ 
Aku xdpt tgk majlis nikah Amira pd hari yg sama pgi tu. Tghari baru kami smpai majlis resepsi yg diadakan dekat dlm dewan Maju Junction. Jadinya xsempat nk bercamwhoring dgn bff yg lain. Ada bergambar bersama tpi xingt dekat camera siapa. Kne tggu official gmbr kawin Amira nnti bru bole tgk gmbr kami bff.


Amira sgt2 cntek. Semuanya nmpk sempurna. Pelamin, kek, deco2 semuanya cntek. Berbaloilah klu mmg lama dh aku tgk Amira ni plan majlis kawen dia. Dri zaman diploma, degree lagi dia dok survey2 untuk majlis sndiri. Turn out semuanya mmg captured ur eyes. ♥


Papepon tahniah Amira. Kalau dulu kite dua mmg slalu berkepit dua tpi skrg dua2 dh ada kehidupan masing2. Aie doakan semoga jodoh ko & Hanafi kekal bahagia smpai syurga abadi. ❤ 
'Aisyah & Amira cepat2 kejar langkah Aie & Nina pulak yg bakal bergelar ibu tahun depan. InshaaAllah. ;)


Kepada encik suami tercinta, terima kasih temankan isteri kesayangan kamu. Bila pergi majlis kahwin org lain mesti teringat majlis kahwin sendiri. Bole kira kami ni pengantin baru la jugak kn sbb baru bulan 3 yg lepas kami berkahwin. Hehe. ;) Semoga perkahwinan kita jugak diberkati Tuhan & berkekalan bahagia hingga ke syurga-Nya. Aminn InshaaAllah. ❤

Tahniah lagi sx buat bff tersayang 'Aisyah & Amira. Pasni kita tunggu turn Izzah & Syaza pulak. InshaaAllah dipermudahkan segala urusan. :) ❤

Wednesday, September 10, 2014

1st shopping for our precious BABY

Harini, kalau diikutkan aku still dpt mc dari semalam sbb demam & selsema. Pegi sekolah separuh hari lepastu collapse xthn mintak principle nk blik. Balik je trus ajak ayah antakan pegi klinik & request nk mc 2hari. Suhu bdn 38.5°c. Slalunya jumpe doc ok je, tapi kali ni bole pulak ternangis. Alahaiiii. TT mgkin sbb pembawakan baby ni jdi sensitif terlebih bile encik suami xde kat sisi. 


Pagi ni ada checkup baby & kene minum air glucose. Serius tersalah faham ingtkan kne puasa dri pkl 8pm tpi sbnrnye 10pm. Bile bgun pagi seriously haus yg teramat sbb aku mmg jenis yg kuat minum air masak. Jadinya bile minum air glucose yg suam2 kuku tu mmg cepat je bole abis sbb lapar & haus. Huhu sabar jerla bile nurse tegur, eh dh abis? 

Kebetulan harini Aeon Bukit Tinggi ada buat sale untuk Aeon Card member. Dalam keadaan yg masih kurang sihat aku ajak asya pegi sama. Walaupun kandunganku baru masuk 14minggu tpi rasa eksaited nk bli brg baby mmg tinggi. Dengan kebenaran encik suami, aku shopping apa2 yg patut. Baju2 baby nnti dlu sbb xtau gender xsyok nk bli. So grab apa je yg dirasakan perlu & mmg berbaloi sbb murah. 


Sebelum kami berdua teruskan bershopping sempat pulak nk p mkn wlupon aku bru je mkn kt rumah. Tpi kt rumah mkn sikit je sbb tdi lepas checkup bli lauk kt kedai masin sgt2. Xtertelan. Aku ajak asya mkn kt The Chicken Rice Shop, mmg tmpat mkn kegemaran kami. Siap order yg untk 3org mkn lgi. Habis! Dua2 mmg kuat mkn. :p ok, bole sambung shopping wlupon aku byk berehat sbb masih x berapa sihat.


 Inilah hasil tangkapan untuk shopping pertama baby yg bakal dilahirkan. Alhamdulillah. Masih byk yg nk kne bli tpi next shopping nk bli bersama suami tercinta. InshaaAllah :)

Friday, September 5, 2014

Scan BABY

Subhanallah subhanallah subhanallah. Harini aku & encik suami berpeluang untuk 'bertemu' dengan baby kami. Alhamdulillah. Pengalaman pertama melihat anak dari benih kami berdua sedang membesar dlm rahimku melalui scan 2d ❤ 

Kami mengagakkan yg aku mengandungkan baby kembar sbb terasa mcm perut ni 'comel' sgt tpi bile scan nmpk satu janin sahaja. Alhamdulillah. Encik suami paling beruntung sbb boleh nmpk bentuk baby semua tpi aku terlindung sebalik mesin scan tu. Doc bagi penerangan ttg baby & doc ckp baby kami tgh tido. Aku mintak nk tgk baby, bile bdn aku bergerak je baby mula mengeliat. Subhanallah kami sgt2 teruja. ❤ 


Kandunganku masih kecil tpi baby dh lengkap semua sifat pada minggu ke-13 ni. InshaaAllah kami nk buat scan 3d/4d pada minggu ke 20 & ke atas. Xsabar nk tgk gender baby. X kisahlah apapon gender baby, yg paling penting baby yg bakal dilahirkan dlm keadaan sihat, sempurna sifat dh cukup syukur buat kami berdua. InshaaAllah aminn ya rabb. ❤

Rabbi habli milladunka ZURRIYYATAN TOYYIBAH innaka sami'uddu'a.. aminnn..

Sunday, August 31, 2014

My First Trimester

First trimester selalunya ramai ibu2 mengandung yg akan hadapi morning sickness. Tapi alhamdulillah aku xde rasa loya2 atau muntah2. Cumanya slalu sakit kepala bile masuk waktu maghrib ke atas. Nak keluar rumah lepas maghrib mmg pk byk kali, sgt malas sbb x larat. Rasa mcm nk pitam. 

Alhamdulillah aku dapat puasa penuh sepanjang bulan puasa kalini. Mmg xde masalah lapar keterlaluan, cuma balik keje tghari je mmg akan collapse dlm bilik. Ptg nye mmg dh x larat nk msk, tpi tlg2 jugak mak masak kt dapur untuk juadah berbuka. Bulan ramadhan ni, aku slalu buat solat terawih sorang2 je kat rumah atau berjemaah dgn adik beradik. Xlarat nk p masjid. Pernah sekali ikut mak pegi masjid untk solat terawih tpi hampir jatuh pitam. Alahaiiii. :(

Perubahan yg paling ketara nampak kat diri ni bila aku langsung xboleh pakai produk kecantikan. Even bedak sekalipon. Ingatkan masalah produk yg dipakai, tpi dh cuba try tukar produk lain still kulit jadi bermasalah. Kulit jdi gelap, mengelupas teruk & kering sgt smpai pedih. Encik suami nasihatkan supaya stop dlu sume produk. Dah stop pon kulit still x ok. :( Bukan kulit je mengelupas tapi eczema kat tangan pon naik teruk sgt. Pakai ubat pon xjalan. Pastu ramai orang ckp aku dah hilang seri. Ada yg teka mgkin baby girl sbb baby tu dh tarik seri ibu dia ni. Ada yg kata baby boy sbb aku kuat mkn. Tapi tu sume mgkin pembawakan baby dlm perut ni. Ibu redha demi kamu anakku. :) ❤ 


Masalah mengidam 1st trimester ni xdelah teruk sgt rasanya. Tapi ada satu yg jadi kesukaan aku. NASI LEMAK! Alahaiiii hari2 mntk nk mkn nasi lemak. Lepas bulan puasa pagi2 je baby dh mintak mkn kt ibu dia. Mmg xthn lapar. Pastu nk nasi lemak je. Ayah yg slalu tlg blikan nasi lemak paru & hantar ke sekolah. Nasibbaik sekolah dekat. Terima kasih ayah. ❤ Mak xbgi aku mkn nasi lemak hari2, xbagus katanya. Mak suruh makan mknn yg berkhasiat untk baby dlm perut. Tapi nk buat mcmmana nasi lemak jugak jdi pujaan hati. Hehe. :p Tapi papepon aku tetap control pengambilan nasi lemak tu. Risau jugak klu berat naik mendadak sbb skrg ni aku jadi berselera manjang nk makan. 


Makanan lain yg aku mengidam, rambutan kuning. Tym tu mmg musim buah durian & rambutan, tpi yg byk org jual semua rambutan merah. Mak & ayah yg smgt dpt cari rambutan kuning. Yayyyy tq mak ayah. Muaahhh. ❤ 

Teringat haritu teringin makan buah sukun. Alaaaa sedapnyeeee. Tapi ayah cari kat pasar sume xde. Mintak tlg encik suami carikan. Dh pulak family encik suami gigih nk cari smpai ke muar nun. Alahaiii malunye. Tapi alhamdulillah rezeki baby. Tym pegi beraya kat rumah cik emi, kebetulan ada sukun dia bawak balik dri kebun. Ya Allah, mmg rezeki baby. Siap ada kerepek sukun lgi tu. :p


Mengidam ni kadangkala kita boleh tahan. Tapi kdg2 asik teringat je. Pernah haritu aku teringin sgt nk mkn hotdog 1901. Bile bgitau encik suami, dia suruh istighfar byk2 ingat tuhan. Jangan diikutkan sgt. Haha. Tapi dh dekat sebulan tahan tapi still teringat2. Alahaiii org kata kalau xdpt nnti, bile baby dlm perut kluar, ngences je. Trus encik suami bawak p Subang Parade blanje mkn 1901. Siap bli 4. Dua untuk isteri. Dua untk suami. Siap tapau bwk blik untk family. Hihi tq bb. Syg love u. ❤


Alhamdulillah seronok sgt dpt rasa pengalaman pertama mengandung untk 1st trimester. Encik suami jadi lebih caring. Slalu pimpin tangan bile berjalan. Begitu berhati2 dlm stiap lgkah isteri dia. Siap blikan kasut baru yg lebih slesa, xde nk wedges2 dh. Kasut crocs flat aje supaya x terpelecok. Hihi. Alhamdulillah rasa lebih disayangi & dihargai. Terima kasih suami atas kasih syg kamu padaku. Aku syg kamu demi Allah. Semoga anak yg akan lahir ni menjadi penambah & pengikat kasih antara kita berdua smpai bila2. InshaaAllah aminnn ya rabb. ❤

Friday, August 15, 2014

Selamat Hari Lahir kekasih Dunia Akhiratku

Bismillahirrahmanirrahim, 
Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan suamiku yg tercinta, Allah selamatkan kamu.. :)

Selamat Hari Lahir kekasihku yg disayangi, imamku, penyejuk hatiku.. Mohd Hanif b Aziz. 
Syg x punye hadiah yg besar mahupon mahal untuk b, tapi syg punya hati yg cukup besar untuk menyayangi b setulusnya. 
Syg doakan semoga b dipanjangkan umur yg berkat, rezeki halal yg melimpah ruah dari langit & bumi tuhan, dberikan kesihatan yg baik sentiasa, dikurniakan anak2 kite yg soleh & solehah & sentiasa berada dibawah limpahan rahmat & kasih sayang tuhan. ♥ 


Alhamdulillah kami sempat celebrate birthday encik suami 2 hari lebih awal disebabkan esok encik suami dh nak balik Masjid Tanah. Encik suami blanje mkn kat Tree Steak House, tmpat mkn kesukaan kami berdua. ♥ Terima kasih lagi skali b sbb blanje syg biarpon sebenarnye syg yg patut blanje b. Nextym inshaaAllah syg pulak yg blanje k? :) 



Esoknya sebelum encik suami balik ke Masjid Tanah, kebetulan anak saudara ksygn aku yg lahir sama tarikh dgn paklangnya sambut birthday dia dekat taska. Kami pon dtg untk celebrate sama2. Bukan main suke lagi Aisy dpt hadiah Elsa Frozen dari maklang & paklang. ♥
Selamat Hari Lahir anak buah kesayangan maklang, Aisy Nur Sofea. Semoga menjadi anak yg solehah & berjaya dlm pelajaran, menjadi anak yg bijak serba serbi, inshaAllah. :) 


Dear my lovely husband,

You are the most handsome man that I've ever met all my life..
You are the man that I've married, who knows who I am & what I am..
You always make me feel loved, secured, appreciate & complete all the time..
You are such a strong man with high expectations for yourself & the world.. 
I am so proud to be your wife & your future mom to your kids.. 
I promise to always stand by your side & support you whenever you need me.. 
I love you more & more everyday. My love towards you never fade away & will last forever.
May Allah bless our marriage & we will always be happy together until jannah, inshaaAllah Aminnn.. 

HAPPY BIRTHDAY HUBBY.. ❤

Monday, July 28, 2014

Raya pertama sebagai pasangan suami isteri. ❤

Alhamdulillah tahun ni tahun pertama kami beraya berdua sebagai pasangan suami isteri. Tahun pertama selalunya akan beraya di belah isteri. Jadinya tahun ni raya pertama kami di Sungai Buloh. Hari raya jatuh pada hari Isnin dan encik suami pulang ke sg buloh pada hari Sabtu. Segala persiapan, baju raya tahun ni simple je. Encik suami pakai baju bertandang majlis perkahwinan kami yg lalu & aku pulak pakai baju hantaran tunang kami yg baru aku tempah.

 

Solat sunat hari raya pertama kami bersama. Dalam poket suami tu ada duit raya untuk isteri. Yayyyy alhamdulillah. Dulu b4 kawin pon dpt duit raya, tapi ni dah kawin, dpt 10kali ganda lgi byk. Doa2 tahun depan dh ada baby dpt lgi 10kali ganda. Hihi. Terima kasih b. Semoga bertambah2 rezeki b & rezeki kita. ❤


Alhamdulillah dpt bergambar berdua. Bukan berdua tapi berdua setengah. Hehe. Masa ni aku pregnant masuk minggu ke-8. Dah dua bulan kandunganku, alhamdulillah. ❤






Raya kedua kami hanya lepak2 kat rumah je memandangkan semua adik beradikku balik sg buloh tahun ni. :) tapi encik suami ajak balik muar, kg beliau. Petang tu kami bersiap packing barang semua & pulang ke muar. Kalau ikutkan perancangan mak & ayah, mereka pon nk balik muar jugak tpi lewat sikit. Jadinya kami pulang dulu jumpe family belah suami pulak. Alhamdulillah kg suami memang dekat je dgn kg aku. So apa2hal boleh je lari kejap. Dh sampai ;)


Hari ni raya ketiga, abah (ayah encik suami) ajak pegi open house umah paklong dekat Segamat. Ayah & mak pulak dah otw ke Muar. Tahun ni ayah ajak beraya ke singapura pulak. Nk bawak menantu baru aka encik suami lawat sedara mara belah singapore. Kalau tahun lepas lgi untung bile first tym bwk abg ipar msuk sgpore, tym tu dia cuti panjang. Kene pulak masa kami beraya sampai sabtu ahad. So sdara mara semua ada kat umah. Byk rumah dpt kami round. Tapi tahun ni kurang beruntung encik suami sbb kami xbole stay lama memandangkan abg ipar cuti pendek. Lagipon kami datang hari khamis, ramai sdra mara yg bekerja n xde kat rumah. :( tpi dpt lah kami menziarah 3buah rumah instead of dekat 10buah rumah tahun lepas. 




Terima kasih banyak2 kat cikyat & family for d hospitality. Sempat lagi masak2 walaupon kami sampai malam dah nk dekat pkl 12am. Esok paginya kami keluar beraya dan terus pulang ke Kulai Jaya,  rumah sewa kakak & tido semalam kat sana sebelum meneruskan beraya ke rumah mentua kakak di Felda Bukit Ramun & rumah Tok Jabir di Kluang. Malam tu jugak aku & encik suami terus pulang ke Masjid Tanah. Masa untuk beraya di Masjid Tanah pulak sebelum pulang ke Sungai Buloh. :)



Alhamdulillah encik suami dapat cuti 12 hari untuk raya kali ni. Mmg puas kami berjalan beraya di rumah saudara mara. Seronok ❤
Paling x best bile kami dah mula kene start keje & encik suami balik ke Masjid Tanah. :( xpe, kite jumpe lagi dalam 4 hari. :)

Selamat Hari Raya dari kami. Maaf Zahir Batin. ❤




Friday, July 18, 2014

Iftar Wif Beloved Hubby


Alhamdulillah harini encik suami nk bawak isteri dia buka puasa dekat Hotel A Famosa. Isteri yg baru sampai dari Sg Buloh eksaited nk berbuka berdua di luar walaupon kat umah mak mentua dh masak lauk sedap2. huhu.


Kami sampai awal dalam jam 6.30 pm. Masa tu mmg x ramai org yg sampai lagi. So senang nk p amik mknn. xdelah nanti berebut2. Macam2 juadah ada sampai xtau nk mkn yg mana dulu.
Tapi bile puasa ni perut bukannya dapat terima byk sgt mknn dlm satu masa. Haus je sebenarnye. Bile dpt minum air trus rasa kenyang xnak mkn dh..

  

  

Papepon alhamdulillah kenyang dah, Tenkiu hubby bwk syg  mkn kt sini. Syg seronok dpt berbuka sama2 ngan b. Syg ❤ u soooo much!
  

Friday, July 11, 2014

Alhamdulillah I'm Pregnant...


Bismillahirrahmanirrahim
"Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah."
(Surah Al-alaq: 2)

Balik je dari honeymoon di Sabah terasa sgt2 lah penatnye. Mgkin sbb kami berdua byk berjalan & kejar masa pegi sana sini. Balik je rumah, seminggu aku collapse. Sepanjang hampir tiga minggu cuti sekolah, enam hari aku berjalan ke perlis, seminggu duduk dekat Masjid Tanah, empat hari pegi hanimun. Pastu ada masa sehari je relax kat rumah. Esok dh start kje. Nasibbaik la tmpt kje dekat je dgn rumah. (Bukn dekat lgi tpi mmg sbelah rumah je). Huhu. :p Asyik baring je la bile balik dari keje. Bukan malas tapi memang x larat.

Lagi 2 minggu dah nk masuk bulan ramadhan tpi tenaga aku seperti blom pulih sepenuhnya. Masuk awal ramadhan, adik ipar aku ajak shopping kt area shah alam dgn biras sx, kakju. Tapi aku mmg pelik tgk keadaan diri sndiri. Mmg seriously x larat nk berjalan byk. Tpi aku laratkn jugak. Tym lepas buka puasa bole pulak aku muntahkn blik semua mknn. Dlm hati ada terlintas pregnant ke aku ni?


Kalau nk check pakai pregnancy test mmg masih awal. Period pon baru lmbt 3hari. Tpi dsebabkn aku eksaited, aku check jugak ptg tu. Tpi result negative. :(

Kali ni period aku dh lewat hampir 2 minggu. Lepas bgun untuk sahur trus aku guna pregnancy test & alhamdulillah double line!! Positive I'm pregnant. ♥ Trus tnjuk kt encik suami pgi2 subuh tu & encik suami pon teruja dlm keadaan mamai bgun tdo. Hihi.


Disebabkan aku yg terlebih teruja, selang sehari aku ajak encik suami pegi klinik untuk scan baby. Kami pegi ke Poliklinik & Surgeri Subang Jaya untuk scan. Tym doc scan tu hanya nampak kantung baby, terus encik suami tanye.. So, isteri saya mengandung ke doc? Doc terus tergelak kecik & tanye ni baby 1st ke? Yes ur wife is pregnant. :) Doc sahkan aku hamil 5 minggu 6 hari. Alhamdulillah. ♥
Encik suami sgt teruja ckp "kite dah nak ada baby syg" :)

 

Terima kasih ya Allah kurniakan hadiah yg tidak ternilai harganya secepat ini, seorang bakal cahaya mata, penyejuk hati penawar jiwa, pengikat kasih antara kami suami isteri. InshaaAllah akan kami jaga amanah-Mu ini dengan sebaik-baiknya supaya 'dia' menjadi seorang anak yg soleh/solehah, mendengar kata ibu & ayah, pembela agama & bangsa. Aminn InshaaAllah. ♥

Rabbana Hablana Min Azwajina Wa ZURRIYYATINA QURRATA 'AYUN Wa ja'alna Lil Muttaqina Imama... ♥