Saturday, March 22, 2014

Henna di hari persandinganku ❤

Esok adalah hari bahagia aku untuk menjadi ratu sehari. So, harini dah kena berinai bagai. Kalau diikutkan memang nk berinai kat rumah je, konon2 malam nnti ada majlis berinai. Tapi india yg buat henna ni taknak dtg rumah la pulak. So, terpaksa la aku pegi sendiri pakai inai n henna kat kedai dia. Nasib baik la dekat je kedai tu. So aku pergi dengan ditemani Kak Marissa lepas siap pergi spa pagi tadi. 


Dari awal dulu mmg aku sgt2 berminat untuk buat lukisan atas tgn & kaki masa kawin. Mula2 keluar lah fatwa yg kata henna ni haram sebab menyamai kaum lain tapi lepas buat rujukan dari ustaz2 yg kata boleh dipakai kalau bercorakkan tumbuh-tumbuhan & bukan bersifat kekal, so ianya dibolehkan. Bukan main happylah aku. Sebabnya ayah & mak x suke lukis2 ni. Dia kata simple je dah cantik pakai hujung jari. Tapi pendapat aku sgt berlainan. Henna tu lebih menyerlahkan seseorang sebagai seorang pengantin. Jadinya mak & ayah terpaksalah terima anak dia yg sorang ni nk pakai henna jugak. hehe. Ada jugak makcik2 yg bising & perli2 ckp x cantik buat henna ni. Tapi aku tetap dgn pendirian aku. Taknak ikut cakap orang lain, sbb ni majlis aku. Xnak nnti lepas dah kawin menyesal sbb tgk gambar sendiri x pakai henna. 


Bukan aku sorang je yg nk pakai, adik beradik yg lain pon sibuk nk pakai henna jugak. So kita layankan aje. Set tgn & kaki dia bagi diskaun RM100 sbb sebelum ni pernah buat threading dkt kedai dia. kakak & adik pon dpt diskaun dua belah tgn RM10. So sgt berbaloi. 


Bila henna dah siap sgt puas hati tapi dia lukis bunga tu senget sikit tapi xpelah, x perasan sgt pon. Yang paling aku minat bila dia warnakan corak henna dalm tu dgn warna oren. Nampak sgt cantik & lain daripada yg lain. Suke sgt2. Inai kat jari pon hitam btul tapi bile dh kne air dia cepat pudar. Almaklumlah inai tiub. So malam tu aku siap touch up balik guna inai tiub sendiri nk bagi lagi cantik. 
Papepon, tggu majlis esok yg paling mendebarkan. Semoga semuanya berjalan dgn lancar, InshaaAllah. :)

Sunday, March 16, 2014

Persiapan kahwin - bilik pengantin

Pk punye pk kat mana la agaknya nak buat bilik pengantin. Pada mulanya mmg ingat nak pinjam bilik mak ayah je memandangkan bilik aku adalah bilik yg paling  kecik dalam rumah ni. Muat katil single, satu almari 2 pintu, satu meja untuk kipas. Masih ada ruang solat untuk 2 orang. Tapi bile pk kan yang aku akan stay dulu kat umah ni lepas kawen sebelum cari keje & berpindah ke Melaka, aku decide nak buat bilik pengantin kat bilik sendiri je. So nanti takdelah pening2 nak pindah bilik balik & bilik aku tak dihias macam bilik pengantin. Feeling pengantin baru nnti dah takde bile kne pindah bilik sendiri yg tak dihias. Huhu.
        
 
Misi mengemas sebulan lebih sebelum majlis perkahwinan kami berlangsung. Macam biasa, mmg aku yg mengemas sendiri dari A sampai Z. Pening pala bile tgk baju dalam almari yg banyak subhanallah. Seminggu lebih aku kemas bilik ni nak bagi kosong. Nak tukar cat, katil, almari & segala2nya.
 
 
Memikirkan matahari pagi yang naik memancar masuk terus ke bilik aku hinggakan waktu tengahhari  & petang, so aku decide nak pasang aircond & kipas siling. Bukannya apa, takut nnti bakal suami tak tahan panas pulak tdo dalam bilik ni. Kalau nk diikutkan aku mmg dah biasa tdo panas2 macam dlm sauna. Jenis yg tak kisah campak kat mana pon bole tdo punye orang. hehehe. :p Tapi skarang dh x bole pk kan diri sendiri lagi. :)

 
Seminggu lepas dah settle kemas bilik & keluarkan almari bagai2, misi mengecat bilik pulak kali ni dijayakan oleh ayah & aku sendiri. Warna cat bilik dipilih oleh encik tunang. Encik tunang nk kaler biru ni, dikatanya damai & tenang gitu. Aku? x kisah. Asalkan awak suke, saya pon suke. ;)
 
 
Alhamdulillah lah ada ayah yg sgt byk menolong. Tu aku dh jadi mcm zoro tu sbb sbenarnye mak tak kasi aku mengecat. Mak kata bau cat tu tak bagus. Lagi2 aku dah nak kawen. Tapi kesian pulak kat ayah. Takkan la nk biarkan ayah buat sorang2. Dah la ayah tak berapa sihat lutut dia nk panjat2.
 
Selalunya pakcik yg tolong cat, tapi pakcik ada projek pulak kat kampung, so tak dpt nk tolong. Nak taknak untuk puaskan hati semua orang terpaksa la aku jadi zoro tutup hidung. Konon2 kalau tutup tu bau cat yg dihidu berkurangan. So xdela mak bising suruh berenti mengecat. :p
 
 
Alhamdulillah satu hari siap mengecat bilik kecik aku ni. Sekarang tggal nak pasang cermin & frame gambar sebelum bawak masuk perabut baru. ♥ Semua tugasan mendrill aku serahkan pada ayah tersayang. Interior design bilik ni mmg daripada idea aku sendiri. Aku nak tema soft aje. Langsir & cadar aku putuskan nak amik kaler cream. Bagi nampak tenang & luas sikit bilik tu nnti.
 
 
Kalau nak diikutkan selalunya kalau bilik pengantin mesti ada langsir2 bagai / tabir belakang katil. Tapi aku taknak. Nnti lagi nmpk crowded bilik yg sempit tu. Aku just nak simple but nice. Biarla apa orang nak kata, asalkan aku & bakal suami suke dah cukup membahagiakan. Peduli apa orang kata. :p
 
 
Alhamdulillah hasilnya aku sgt suka. Memang terhasil apa yg terbuku dalam fikiran aku selama ni. Bilik yg mempunyai sebuah katil queen & laci baju sahaja, dihias dengan frame gambar yg banyak aku bli dari kedai romantika. ♥
 

 Terima kasih banyak2 juta2 kat ayah yg byk tolong ain dlm realisasikan bilik pengantin simple ain ni. :) Comel ayah yg hanya turutkan perintah anak dia ni. ♥ Terima kasih jugak dekat kakak tersayang, dr.Norasyekin yg sponsor cadar ain yg berharga ratus2 ni. Ain suke sgt & really appreciate. Terima kasih sepupu, kak As yg tolong jahitkan langsir walaupon dah tggal 2 mnggu nk kawen bru ain nk mntak tlg jahitkan. :p Rasa bersyukur sgt2 dikelilingi dgn org yg baik hati untuk membantu. ♥ Semoga majlis kami nanti berjalan dgn lancar, InshaaAllah aminnn. :)

Friday, February 28, 2014

Bachelorrett party 4 me


Oh Tuhan, betapa beruntungnya aku mempunyai sahabat yg sgt baik & pemurah untuk buat surprise 'bachelorett party' sebelum aku mendirikan rumahtangga. Izzah, Amira, Aishah, Syaza & Nina. Nama yg x asing lgi dlm dunia aku dri zaman belajar kat uitm shah alam, zaman buat diploma. Kawan belajar. Kawan bermain. Kawan shopping. Kawan makan. Kawan segala kawan. kalau diingatkan balik zaman diploma dulu memang xkan habis satu mlm untuk bercerita. 

haritu
izzah je yg contact aku sibuk bgitau Venue semua ktmana. tpi mcm biasa mmg aku xtau tmpat2 mkn kt kl biarpon 18 tahun aku menetap kt kl. Haha. Apa yg aku tau dorg nk mkn2 lepas Semua siap keje. Aku follow je.

Izzah pandai hold aku dulu kt ofis alhijrah dia sementara kawan2 yg lain siapkan tempat.  Seriously x terpk dorg nk buat kat hotel. Waktu follow izzah dgn kereta dri blkg aku dh tersenyum sbb dia bwk masuk hotel. Tapi dlm fikiran mgkin dinner je kat sana.


Masuk je dlm hotel ternampak penimbang berat tgh jln. Uwaaa, disuruhnya timbang dulu supaya nnti balik nk tgk berat bertambah ke x. Mmg allergic sikit aku bile tgk penimbang berat ni. Haha.

Dekat sudut bilik ternampak meja yg dipenuhi cupcakes, sejambak bunga & kaftan. Uwaaaaa terharunyaaaaa. Rasa sgt2 dihargai.


 

Muka excited + happy seorang bakal pengantin. ;)

 
 Atas meja utama pulak penuh dgn makanan. Nak sleepover kat sini. wahhh bestnyeeee. Dah lama tak sleepover sama2 bergosip bagai mcm zaman diploma dulu. Yayyyy, best best!


Kawan2 yg lain Semua dh siap berkaftan. Parti kaftan katanya. Malam tu ktorg habiskan masa dgn makan2, bersembang & bergambar je. Mmg seronok sgt2 sbb dh lama x sleep over cenggini. 


h

Hotel tengah tengah kota, Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur.
 
 

Camwhoring sebelum balik. Hah itulah perangai bila dah jumpe best fren. Lompat2 mengalahkan kanak2 tu mmg perkara biasa. hehe.

Apa apa pon terima kasih sahabat. Aku mmg btul2 enjoy hari ni. Aku doa supaya relationship kita akan berkekalan sampai bila2. Sampai syurga abadi. Ukhwah fillah. Uhibbukum Lillah.