Pk punye pk kat mana la agaknya nak buat bilik pengantin. Pada mulanya mmg ingat nak pinjam bilik mak ayah je memandangkan bilik aku adalah bilik yg paling kecik dalam rumah ni. Muat katil single, satu almari 2 pintu, satu meja untuk kipas. Masih ada ruang solat untuk 2 orang. Tapi bile pk kan yang aku akan stay dulu kat umah ni lepas kawen sebelum cari keje & berpindah ke Melaka, aku decide nak buat bilik pengantin kat bilik sendiri je. So nanti takdelah pening2 nak pindah bilik balik & bilik aku tak dihias macam bilik pengantin. Feeling pengantin baru nnti dah takde bile kne pindah bilik sendiri yg tak dihias. Huhu.
Misi mengemas sebulan lebih sebelum majlis perkahwinan kami berlangsung. Macam biasa, mmg aku yg mengemas sendiri dari A sampai Z. Pening pala bile tgk baju dalam almari yg banyak subhanallah. Seminggu lebih aku kemas bilik ni nak bagi kosong. Nak tukar cat, katil, almari & segala2nya.
Memikirkan matahari pagi yang naik memancar masuk terus ke bilik aku hinggakan waktu tengahhari & petang, so aku decide nak pasang aircond & kipas siling. Bukannya apa, takut nnti bakal suami tak tahan panas pulak tdo dalam bilik ni. Kalau nk diikutkan aku mmg dah biasa tdo panas2 macam dlm sauna. Jenis yg tak kisah campak kat mana pon bole tdo punye orang. hehehe. :p Tapi skarang dh x bole pk kan diri sendiri lagi. :)

Seminggu lepas dah settle kemas bilik & keluarkan almari bagai2, misi mengecat bilik pulak kali ni dijayakan oleh ayah & aku sendiri. Warna cat bilik dipilih oleh encik tunang. Encik tunang nk kaler biru ni, dikatanya damai & tenang gitu. Aku? x kisah. Asalkan awak suke, saya pon suke. ;)
Alhamdulillah lah ada ayah yg sgt byk menolong. Tu aku dh jadi mcm zoro tu sbb sbenarnye mak tak kasi aku mengecat. Mak kata bau cat tu tak bagus. Lagi2 aku dah nak kawen. Tapi kesian pulak kat ayah. Takkan la nk biarkan ayah buat sorang2. Dah la ayah tak berapa sihat lutut dia nk panjat2.
Selalunya pakcik yg tolong cat, tapi pakcik ada projek pulak kat kampung, so tak dpt nk tolong. Nak taknak untuk puaskan hati semua orang terpaksa la aku jadi zoro tutup hidung. Konon2 kalau tutup tu bau cat yg dihidu berkurangan. So xdela mak bising suruh berenti mengecat. :p
Alhamdulillah satu hari siap mengecat bilik kecik aku ni. Sekarang tggal nak pasang cermin & frame gambar sebelum bawak masuk perabut baru. ♥ Semua tugasan mendrill aku serahkan pada ayah tersayang. Interior design bilik ni mmg daripada idea aku sendiri. Aku nak tema soft aje. Langsir & cadar aku putuskan nak amik kaler cream. Bagi nampak tenang & luas sikit bilik tu nnti.
Kalau nak diikutkan selalunya kalau bilik pengantin mesti ada langsir2 bagai / tabir belakang katil. Tapi aku taknak. Nnti lagi nmpk crowded bilik yg sempit tu. Aku just nak simple but nice. Biarla apa orang nak kata, asalkan aku & bakal suami suke dah cukup membahagiakan. Peduli apa orang kata. :p
Alhamdulillah hasilnya aku sgt suka. Memang terhasil apa yg terbuku dalam fikiran aku selama ni. Bilik yg mempunyai sebuah katil queen & laci baju sahaja, dihias dengan frame gambar yg banyak aku bli dari kedai romantika. ♥
Terima kasih banyak2 juta2 kat ayah yg byk tolong ain dlm realisasikan bilik pengantin simple ain ni. :) Comel ayah yg hanya turutkan perintah anak dia ni. ♥ Terima kasih jugak dekat kakak tersayang, dr.Norasyekin yg sponsor cadar ain yg berharga ratus2 ni. Ain suke sgt & really appreciate. Terima kasih sepupu, kak As yg tolong jahitkan langsir walaupon dah tggal 2 mnggu nk kawen bru ain nk mntak tlg jahitkan. :p Rasa bersyukur sgt2 dikelilingi dgn org yg baik hati untuk membantu. ♥ Semoga majlis kami nanti berjalan dgn lancar, InshaaAllah aminnn. :)







No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.