Bismillahirrahmanirrahim.. Maha suci Allah yang menjadikan makhluk-Nya berpasang-pasangan. Hari yg dinanti-nantikan telah tiba masanya. 23 Mac 2014. Hari yg paling mendebarkan buat kami berdua. Pasangan mempelai yg akan dinikahkan hari ni antara aku, Norain binti Abdul Rashid dengan pasangan pilihan hatiku, Mohd Hanif b. Aziz. Akad nikah yg akan dilangsungkan oleh bapaku yg tersayang. Doa yg telah dimakbulkan Tuhan untuk membuatkan kami hidup bersama. Syukur.
Pelamin anganku menjadi kenyataan. Pilihan warna cream & baby pink diselitkan gabungan bunga pahar warna biru & cream.
Saat2 sebelum bergelar suami & isteri. Saat paling mendebarkan.
Ayah sendiri yg mewalikan antara aku & suami. Alhamdulillah dgn sekali lafaz aku telah bergelar isteri kepada seorang insan yg amat aku cintai. Terima kasih suamiku kerana memilih aku yg serba kekurangan sebagai isterimu. Syukur Ya Allah.
Solat sunat sujud syukur 2 rakaat tanda rasa syukur kami telah disatukan. :)
Majlis pembatalan air sembahyang. Seutas gelang emas dari suami untukku & sebentuk cincin perak untuk suamiku.
Saat-saat bahagia selepas diijab qabulkan. Alhamdulillah sah bergelar suami isteri.
Bergambar kenangan bersama keluarga bahagia kami. :)
Busana pengantin oleh butik De'Pilih, Saujana utama.
Ya Allah Ya Tuhanku, Tuhan Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani, Kau titipkanlah rasa kasih & sayang antara kami berdua sepanjang hayat kami bersama. Ampunkanlah dosa-dosa kami, berkatilah hidup kami, murahkanlah rezeki kami, kurniakanlah cahaya mata yg soleh & solehah buat kami berdua. Sesungguhnya kepada Mu lah tempat kami bermohon juga meminta pertolongan. Jagalah rumahtangga kami. Biar apa jua badai yang melanda, kelak kami dapat harungi dengan tabah & redha. Aku sgt menyayangi suamiku, imamku kerana dialah syurgaku di dunia. Semoga hubungan bahagia kami berkekalan sehingga ke syurga abadi-Mu Ya Allah. Aminn ya Rabbal Alamin...
Rabbana hablana min azwajina wazurriyyatina qurrata 'ayun waja'alna lil muttakina imama.















No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.