Saat yg ditunggu-tunggu telah tiba. Alhamdulillah. Majlis persandingan kami berlangsung pada jam 1.30 petang, 23 MAC 2014. Hari yg sama dgn majlis nikah kami pagi tadi. Rasa sgt tak puas buat majlis nikah pagi-pagi. Bukannya tak puas apa, tapi tak puas bergambar. hehe. Rasa masa tu sgt terhad. Lepas je nikah pukul 9.30 pagi & settle dalam pukul 1030 pagi, kami sibuk dgn majlis pembatalan air sembahyang, sessi bergambar family & kawan2. Nak breakfast tym tu pon dah x sempat sbb dh nk kene bersiap & bersolek untuk majlis kejap lagi. Pasni Asya kawen aku nk suruh dia nikah malam. Best sikit. Dapat amik gambar sampai lebam. :p
Apa lagi perasaan yg dpt aku gambarkan waktu ni? Slalu tgk org lain
naik pelamin, ni majlis aku sendiri. Nervousnya hanya Tuhan yg tau. Tapi
aku sgt2 bersyukur mata aku yg naik bintat semalam (disebabkan nervous
yg terlampau) dah susut & x nmpak kesan lebam tdo lambat. Syukur
sgt2. Memang aku dh terbayang2 sebelum ni, janganlah tym nk kawen nnti
mata naik bintat. X sangka pulak mmg btul bintat tu naik. Ya Allah, nape
lah bintat ni nak naik tym2 cenggini. Sehari sebelum kawin dah kene
amik injection untuk surutkan bintat tu. Alahaiiii..
Ok, off cerita bintat tadi. Kita cerita pasal kawin2 pulak. ;) Alhamdulillah semuanya nampak hampir sempurna pada mata aku. Raja sehari pakai baju warna baby blue, pengapit pakai warna pink, pelamin warna cream. Baru hari ni aku dpt tgk hasilnya. Selama ni aku hanya risau membayangkan macammana majlis aku nanti & harini aku sgt berpuas hati. Thanx sgt2 dekat pengapit lelaki, sepupu aku dari muar, Ujay & pengapit perempuan, Izzaty, bestfren tym dekat Smap Kajang dulu.
Cerita pasal majlis resepsi kami, pengantin lelaki mula dtg lebih kurang pukul 1.30 petang. Encik suami bertandang dekat rumah kakak angkat kesayangan aku, Kakjue dekat Bukit Saujana, atas kawasan perumahan ni je. So dekat sikit nk dtg umah aku nnti. Terima kasih Kakjue tumpangkan rumah akak yg besar & cantik tu. ♥
Seperti biasa adat orang-orang Johor mesti ada tol sebelum dapat masuk ke rumah. Memang sgt meriah tym ni. Persembahan silat pulak aku jemput sepupu aku dari Singapore je, Syahir untuk buat persembahan. Dia mmg hebat silat2 ni. Wakil Singapura dlm pertandingan silat. Thumbs up!
Raja sehari. Perasaan happy sgt2 tym ni. Sebab dapat duduk atas pelamin sendiri. Hehe. :p
Selfie kejap atas pelamin pon boleh. :p
Majlis makan beradap ni mmg aku x makan sgt. Bukan malu atau segan, tapi memang sgt ramai tetamu yg dtg nak bersalam. Almaklumlah tadi tak dapat jumpe pengantin kat dalam nk bersalam, ni lah masa yg paling sesuai. :) Yg datang bersalam ramai student2 aku dari Q-dees. Semuanya ternganga tgk teacher Ain. Siap malu2 semuanya nk salam & ada yg tanya mama dorang, ticer Ain ke ni mama? Ya Tuhan, nmpk sgt ticer Ain p skolah serabai sgt tanpa mekap dgn tudung bawal forever dia smpaikan student sendiri dh tak kenal ticer dia bile dh di make over sikit. Haha. Sabar je la. :p
Sempat la jugak makan bersuap-suap untuk sessi fotografi. :p
Alhamdulillah, kek kawen kami disponsor oleh boss Q-dees aku, Kak Emy. Sangat cantik & kena dgn tema. Kek dari Yatt's Lil Kitchen. Bertambah-tambahlah rezeki kak Emy hendak-Nya, InshaaAllah. :)
Suamiku, aku mencintaimu kerana Allah. Bimbinglah aku ke jalan agama yg diredhai-Nya. Bersabarlah kamu dgn aku yg serba kekurangan. Tiada siapa yg sempurna dalam dunia ni. Tapi bagi aku isterimu, kamulah paling sempurna di mataku. Jika aku berbuat silap, tegurlah aku dengan perasaan kasih & sayang yg ada padamu. Cintai aku sepenuh hatimu. Sekeras-keras hatiku, aku mampu berlembut demi kamu, syurgaku.
Suamiku, aku berjanji akan cuba jadi yg terbaik buat kamu. Seperti lagu yg sering kamu nyanyikan.. Isteri cerdik yg solehah, penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran. Di rumah dia isteri, di jalanan kawan, di waktu kita buntu, dia penunjuk jalan... ♥ InshaaAllah, semoga Allah permudahkan jalan hidup kita. Aminn ya Rabbal Alamin...











































