Alhamdulillah, Dairy Farm dari tmpat kami hanyalah 5minit perjalanan je. Mmg boleh nmpk lembu2 meragut rumput dri hotel kami. Jadinya kami xbergegas nk ke sana. Pkl 430pm baru kami bertolak tapi ruginya kami sbb dia tutup pkl 5pm. Xsempat dh nk tgk lembu diperah susu & buat aktiviti lain. :( Nak masuk sini dikenakan bayaran rm4 untuk sorang dewasa. Kami tetap masuk biarpon dh lewat.
Pemandangan di sana sgt2 menakjubkan. MasyaAllah, Subhanallah. Terasa mcm bergambar dekat New Zealand pulak. Hihi alhamdulillah. ♥
Kami melawat kedai penjualan produk tenusu hasil dari Desa Dairy Farm ni. Hajat di hati nk tgk lembu diperah susunya secara live tapi dh lmbt semua x dpt tgk. Byk produk tenusu dah habis dijual. Kami sempat bli 2kotak susu lembu asli yg sudah dikotakkan je. :(
Suasana kat sini amat mendamaikan. Angin bertiup kuat sampaikan susah aku nk amik gambar disebabkan selendang terbang2 & pernah sekali tercabut tinggal scarf. Hahaha waktu ni sgt2 lucu. Nasibbaik la selendang tu ada pin dibahu, kalau x dah lama diterbangkan dek angin ala2 dlm cerita hindustan. Hihi :p
Walaupun sekejap, dapat bergambar bersama sepuas-puasnya pon dh cukup membahagiakan kami. Naseb baik encik suami bawak tripod sendiri. Xperlu nak mintak org lain tlg amikkan pic2 kami. Bergambar la kami berdua bagaikan pasangan merpati dua sejoli tanpa pedulikan org lain. Hihi. :p
Suke sgt tgk lembu2 kat sini sbb mmg btul2 lembu yg ada tompok hitam putih mcm dlm gmbr buku kanak2. Hihi. :p Kalau dekat tempat lain mana nk dpt lembu2 warna cenggini. Semuanya plain je.
Susu tu walaupun dh dikotakkan tapi tetap terasa macam susu segar yg baru diperah dari tet*k lembu. Encik suami gelakkan je isteri dia ni yg dari mula eksaited nk minum susu fresh yg btul2 baru diperah, tapi bila minum susu kotak ni pon dh bebel2 ckp bau lembu. Encik suami jerler yg abiskan akhirnya. Hihi :p
Pengalaman indah kami disini, walaupon dpt melawat sekejap je tapi cukup bermakna. Seronok sgt2 ❤
Malam tu kami turun ke pekan Kundasang mencari gerai2 makan untuk dinner. Alhamdulillah jumpa kedai makan yg sedap masakannya. Tym to get rest balik hotel & charge badan untuk aktiviti seterusnya keesokkan hari inshaaAllah. Terima kasih Tuhan untuk hari ini. :)
Bersambung dalam next entry..
#bulanmaduainnhanif
☻♥☺



No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.