Friday, June 13, 2014

Day 3 - Sabah (Canopy Walk, Kg Luanti, Ladang Teh Sabah)

Harini hari ketiga keberadaan kami di Sabah. Alaaa, malassnya nk turun KK balik sbb kat Kundasang ni udara dia sgt2 nyaman & sejuk. Tidur malam wajib berselimut wlupon xde aircond. Ditambah bunyi deruan angin kuat yg bertiup. Kadang2 terasa seram jugak. Huhu. 


Kami terasa sgt2lah rugi bile book hotel melalui Agoda. Sebabnya dengan harga yg sama sepatutnya kami boleh dapat breakfast untuk 2 orang klu kami berhubung terus dgn pihak hotel. Kalau sebelum ni kami memang terus berhubung dengan pihak hotel di Bali, tapi kali ni entah kenapa kami menggunakan perkhidmatan Agoda. Menyesal pulak rasanya.
Tapi xpe sebab kami mmg dah bawak bekalan hidup dari Semenanjung. Makan roti, biskut & air kotak je la. :p


Bersarapan dengan berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu satu pengalaman yg tidak akan dilupakan. So blessed! Alhamdulillah. ♥


Sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya sempat lagi kami bergambar di balkoni bilik kami & di hadapan jalan masuk hotel. Kenangan yg akan kami abadikan sampai bila2. ♥



Perjalanan diteruskan ke Poring Hot Spring, Ranau. Yuran masuk RM3 seorang. Hajat dihati encik suami memang nk merasa berendam dalam kolam air panas tu tapi tersangatlah ramai orang walaupun hari ni bukan hujung minggu. Setiap kolam yg disediakan ada je penghuninya. Jadinya kami terpaksa kuburkan je hajat tersebut & hanya merendamkan kaki sekejap untuk merasa kepanasan air. 


Dalam senarai plan tempat yg wajib dituju adalah Canopy Walk. Canopy walk mmg dlm tmpat yg sama. Tapi jauh jugak la nk berjalan. Yuran masuk RM3 sorang. Tapi kalau bawak kamera kena byr RM5 setiap satu. Kami putuskan untuk bawak DSLR instead of kamera digital.
Subhanallah, kami ingatkan dekat lah nk sampai ke jambatan gantung tu, tapi kuss la smangat kene lalu jln mcm jungle trekking masa zaman skolah dulu. Huhu. Ambil masa dalam setengah jam jugak nk smpai atas. Kesian btul encik suami bile kne bawak bag kelengkapan DSLR ditambah handbag si isteri yg konon2 x larat nk mendaki. :p Lagi kesian bile si isteri yg bertuah ni siapkan suami dia dengan berkemeja bagai. Berpeluh2 basah kuyup la suami kite. Huuu. Aku pulak relax je pakai skirt & ber'peplum'. Memang prefer pakai skirt, dlm bertights daripada ber'jeans' tebal yg merimaskan. 


Pemandangan dari atas Canopy Walk memang terbaik. Dapatlah kami menghirup udara segar hutan dgn menyaksikan flora fauna & sungai yg mengalir. Seronok sgt bile berjalan atas tu sbb nnti dia bergoyang2. Sepanjang perjalanan tu ada 3 checkpoint yg disediakan untuk berhenti. Manalah tau ada org yg gayat memerlukan masa untuk behenti di tempat yg stabil. Kami ambil masa dalam 2jam disini sebelum ke destinasi seterusnya. 


Pada sebelah petangnya, kami menuju ke Tagal Sungai Moroli, Kampung Luanti. Tempat yg memang kami eksaited nk pegi dari awal lgi sbb boleh buat spa kaki tradisional. ;) Bayaran masuk RM5 sorg. Kalau nk mandi spa ikan pon boleh RM10. Tapi kami hanya pilih untuk merendam kaki je. Pihak pengurusan beri masa hanya 15 minit untuk setiap nombor giliran yg diberikan. Ada jugak makanan ikan yg dijual dgn harga 20sen sepeket. Kami beli dua. Satu untuk encik suami, satu untuk cik isteri. :) Mula2 nk masuk dlm air tu rasa sgt2 takut sbb bnyk betul ikan. Gelinye bukan main lagi bile dh masuk. Eh, bukan geli tapi sakitttt. Xdela sakit sgt pon, tapi terasa la ikan tu gigit2 kaki kite. Yang paling kesian encik suami lah sbb bulu kaki org lelaki ni kan panjang. So abis digigitnye. Hihi. :p Encik suami kejap masuk air, kejap keluar sbb x tahan. Tapi aku relax je. Elleh konon. Hihi. Tym nk bagi mkn ikan tu mmg cuak, asik menjerit je la aku. Tapi seronok sgt2. Pengalaman pertama bagi ikan makan cenggini. Terbaekkk. ;) 


Dalam perjalanan balik ke KK kami terserempak dengan signboard Sabah Tea Garden. Kalau diikutkan org kata x kisah pon kalau x pegi, tapi disebabkan kami dh dekat so kami redah je. Xde apa yg menarik kat sini. Xbole banding dengan Cameron Highlands yg jauh lebih luas & cantik. Jalan nk masuk ke dalam pon berbatu2 x berturap. Bersabar lah jugak kami nk smpai ke atas. 


Seperti biasa sesampai je disana kami bercamwhoring dlu. Kami masuk kedai cenderahati & restoren kat situ beli pape yg patut & cuba teh sabah. Sedap. Pilih je nk yg panas ke sejuk or perisa apa semuanya ada. Bile otw balik, masing2 sakit perut sbb minum byk sgt. Huhu. :p


Pemandangan balik ke KK mengujakan kami. Sangat2 cantik dengan kabus everywhere. Sejuk & nyaman je. Sempat lagi kami menyinggah ke Kinabalu Park tempat orang2 yg nk p mendaki Gunung Kinabalu. Kami singgah sekejap je untuk bergambar. Selalunya orang akan ke sini sbb nk bergambar jelas berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu, tapi kami lagi beruntung sbb hotel penginapan kami betul2 berlatarbelakangkan puncak Kinabalu. Subhanallah. Alhamdulillah ♥


Menyinggah punye menyinggah dari Kundasang, malam jugak kami sampai ke KK. Tym untuk mencari mkn. Yayyyyy, lapar suda baaa. Kami dinner di Filipin Market buat malam yg terakhir kami disini sebelum check-in di hotel yg sama sebelum ni di Hotel Shangri-La. Macam2 kami order. First tym kami suami isteri makan lobster segar. Lagi, kami order sotong masak apa ntah dia suggestkan, udang goreng tepung, udang goreng butter, kailan ikan masin. Harini x order ikan siakap dah sbb haritu dh order tpi x abis makan sbb byk nau lauk nye. Alhamdulillah rezeki kami berdua. Puas mkn malam ni. Liciiinnnn. :d ♥
Ok, nk check-in hotel. Perut dah kenyang, badan dah penat, mata dah mengantuk. Masa untuk berehat pulak sebelum charge tenaga untuk ke island hopping esok pagi. InshaAllah. ♥
Bersambung next entry... :)

#bulanmaduainnhanif
☻♥☺

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.