Saturday, June 14, 2014

Day 4 - Sabah (Islands Hopping)

Harini masuk hari keempat kami berada di Sabah bermaksud hari terakhir kami disini. Alaaaa xbestnye nk balik dh. Kalau boleh nak hanimun lama2 lgi kat sini. Hehe :p


Aktiviti terakhir kami di sini kami nk pegi snorkeling & islands hopping. Sebelum tu jom sarapan dlu dekat hotel. Alhamdulillah kami brekfes & terus check-out pagi tu & letak2 brg dlm kereta sebelum ke islands hopping. Aktiviti yg sepatutnya kami lakukan pada hari kedua lagi sbb tkut ketinggalan flight ptg nnti. 


Kami terus ke Jesselton Point & beli tiket ke Islands hopping pada pkl 830am. Kami pilih 3 pulau untuk dilawati, Pulau Manukan, Pulau Sapi & Pulau Mamutik. Rm37 sorg bayaran yg dikenakan untuk ke 3 pulau ni & tambahan RM70 sorg untuk aktiviti parasailing. Total bayaran RM230 untuk kami berdua. Rm200 untuk island hopping & parasailing, RM30 untuk sewaan goggles & jaket keselamatan.


Excitednye kami bukan main lagi. Xsabar nk snorkeling tgk hidupan laut di lautan Sabah ni. Pulau pertama bot kami bawa ke Pulau Mamutik bgi kami amat mengecewakan. Alahai pantai kotor, laut penuh dgn daun2 kering & sampah kecik2. Bile menyelam pon susah btul nk nmpk ikan. Air agak keruh. Sedikit kecewa disitu. :( Kami ditinggalkan selama 1jam sebelum ke pulau yg seterusnya.


Sebelum ke pulau seterusnya, Pulau Manukan,  kami menaiki bot untuk aktiviti parasailing. Yayyyy bestnye sbb ni pengalaman pertama kami berparasailing. Mmg seronok sgt2 sbb dpt tgk lautan dri atas. Hah yg ni mmg xdinafikan cntik sgt2 lautan Sabah, mmg bole nmpk coral dari dasar. Lebih kurang 15-20 minit kami 'terbang'. Memang terbaikkkk ;) 


Kemudian kami dibawa ke Pulau Mamutik. Sama je mcm Pulau Manukan tdi. Air kurang jernih & susah nk nmpk hidupan laut. Kalau kami ke jeti baru nmpk byk ikan tpi kat situ xbole nk menyelam sbb kawasan bot turun naikkan penumpang. Bahaya. Slumber je kami bgi mknn bru dtg byk ikan. Huhu. 
Pulau yg terakhir kami pergi ke Pulau Sapi. Alhamdulillah kt sini kurang kecewa sbb kami dpt berenang bersama2 ikan & bole nmpk coral. Tu pon sbb air dh surut smpaikan kami terpijak coral. Mmg kne berhati2. Xlama lepas tu life guard tiup wisel minta kami bersnorkeling ditempat lain sbb xnk kami terpijak coral. Alaaaa xnakkkkk.. kat sini byk ikannnn. Bestttt. :( 


Sepatutnye trip kami smpai jam 5 ptg tpi kami mintak balik awal sejam sbb flight kami pkl 730pm. Tkut x sempat pulak nk bersiap2 & berkejar ke epot. Kami tumpang bot lain yg nk balik ke Jesselton Point sbb bot kami smpai lmbt. 
Berakhirlah bulanmadu kami berdua di Kota Kinabalu Sabah. InshaaAllah pasni kalau ada rezeki yg murah kami nk jln2 lagi tgk dunia. :) cuma destinasinya blom difikirkan lagi dimana. Syukur ya Allah atas rezeki ini. Terima kasih encik suami untuk segala2nya. Sayang kamu dunia & akhirat ❤  
Semoga ada lgi rezeki kita untuk berbulanmadu di tempat lain pulak. InshaaAllah :)

#bulanmaduainnhanif  
☻♥☺

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.